Monday, January 02, 2017

✿´•*¨*•.¸¸❥ HomeMade ButterMilk Bread ✿´•*¨*•.¸¸❥



Kejadian roti yg cantik dan comel mcm ni rugi kalau tak simpan dlm album..hehe.. jgn Marah.. Alhamdulillah.. hasil yg lembut dan sedap. Sebelum ni saya ada share kat group msakan.. Alhamdulillah ramai yg share dan ada yg mencuba dgn jayanya.. Bagi yg belum share dipersilakan share sebab saya sertakan resepi sekali dlm album ni... Selamat mencuba.!!!!.. Sorry ya stepz-by-steps xde ... apa yg ada aje la ...

Bahan2 A :--
------------------------

  • 3sudu besar yis(11gram)
  • 1cawan air suam
  • 4sudu gula
  • 1sudu besar susu pekat
  • (Bancuh bahan A,biar sampai kembang dan berbuih)




Bahan2 B :-
-----------------

  • 4 cawan tepung high protien
  • 1 sudu kecil bun softener
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar susu tepung
  • (Ramas bahan B sampai rata dan sekata)

How's To :-
------------------------

  • Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat ditangan. 
  • Bila dah betul betul elastik,rehatkan doh selama 30-40minit sampai doh naik 2x ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan udara. 
  • Bahagikan doh sama besar (saya bahagi ikut saiz bola ping pong, tp terpulang la mcm mn pun)....susun atas tray...baru masukan inti.. pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.. bila dah siap,rehatkan doh selama 1/2-jam atau sampai kembang. 
  • Baru bakar pada suhu 180c api atas bawah bergantung pada suhu oven masing masing. Sebaik je roti masak sapu mentega atau butter pada permukaan roti supaya ia kelihatan.cantik dan berseri seri..


Cara membuat Inti Buttermilk :-
------------------------------------------------


Bahan2Nya :-
----------------------------

  • 100gram salt butter*
  • 30ml susu pekat manis
  • 70gram gula icing* saya guna gula yg dah diblend je
  • 120gram susu tepung(saya pilih nespray)
  • 2biji kuning telur
  • 3sudu besar tepung gandum



  • Mix bahan bertanda * sampai sebati. Baru masukan susu pekat, kuning telur,susu dan susu tepung.... mix sebati.siap.
  • Nota : resepi inti buttermilk ni saya dapat dari google je.tapi saya olah sedikit sebab terlalu manis dan cair bila roti masak..











Post a Comment