Monday, January 09, 2017

•*¨*•.¸¸❥¸ © BBQ / BarbeQue Kish Kebab & Grilled Skewers Recipes •*¨*•.¸¸❥¸



Sumber : Resepi Sedap
Edited By : MissRose@Redroses2u.Net

Perkongsian resepi dari fb Mimie Dani
Hari ni sy nak share step by step resepi BBQ Shish Kebab (Daging) yg sy baru buat untuk family gathering.. Alhamdulillah saudara mara semua ckp sedap n juicy siap ade yg nk order and suruh sy buat bisnes lg..Sy guna 4 kg daging indian blh dpt dlm 60 cucuk kebab saiz L..Resepi ade pada gambar ya..Blh share sy halal kan.. Saya sertakan juga kebaikan dan keburukan barbeQue or BBQ ni ya .... save the best for the last kata oghang :-)



  • 2 - Kebab yg dah siap dicucuk..resepi ni akn berair skit yer..lebihan kuah perap jgn buang..sapu atas kebab ms tgh grill..

3 - Bahan-Bahan
  • Daging frozen (sy guna part cuberoll) 4kg
  • Bawang besar (pilih yg warna ungu) 5 biji
  • Cili bengala (merah,hijau,kuning) 2 bji stiap 1
  • Tomato ceri 1/2kg
  • Kicap manis 1 cawan
  • Kicap wos 1/2 cawan
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar
  • Secukup rasa 1 sudu setengah
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Gula perang 2 sudu besar
  • Jus lemon 2 biji
  • Mixed herb 2 sudu besar
  • Lada hitam 2 sudu besar
  • Minyak zaitun 1/2 cawan (minyak msak pon blh)




Bahan-bahan sayuran (pic atas)
  • 3 sudu Minyak zaitun
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu lada hitam



4 - Sos tiram 4 sudu besar (pis atas ya)
  • Garam 1 sudu besar
  • Secukup rasa 1 sudu besar
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Gula perang 2 sudu besar



5 - Bahan-bahan sayuran
  • 3 sudu Minyak zaitun
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu lada hitam

6 - Cara-cara
  • 1)potong kiub cili benggala dan potong bawang bentuk wedges..
  • 2)Masukan minyak zaitun lada hitam dan garam ke dalam bekas dan kacau bersama sayur-sayuran..msukkan dlm beg zip kemudian smpan dlm peti sejuk..


7 -Masukkan
  • Kicap manis 1 cawan
  • Kicap Lea & Perrins 3/4 cawan
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar... See more

8 - Masukkan gula perang untuk kilatkan lagi daging ms bakar nti..



  • 9 - Potong daging (sy guna jenis cuberoll..biasa org guna buat satay kalau xde daging ape2 pon blh) kiub 1 inci cuci bersih dan keringkan dengan tuala.Campurkan semua bahan2 diatas kacau dlm plastik zip dan simpan perapan daging sekurang2nya 6 jam.





Cara Paling Asas Membuat BBQ (BarbeQue)
-----------------------------------------------------------------
  • Makanan yg paling mudah disediakan so menjadi kaedah yg popular bila mengadakan xtvt di luar rumah seperti perkhemahan, hari keluarga, pertemua semula rakan sekolah dan sebagainya.



BBQ atau BarbeQue
--------------------------------
  • BarbeQue merupakan masakan yang dimasak di atas bara api. Rasanya segar dan semulajadi tanpa bahan perisa tambahan jika anda pandai mengolah dengan jayanya.
  • Selain makanan laut, daging dan ayam, bahan masakan lain yang boleh digunakan ialah buah-buahan san sayur-sayuran tertentu.


Cara Yang Betul :-
----------------------------------
1 - Sos BBQ
---------------------------
  • sekarang ni banyak yang dijual di pasaraya sama ada produk tempatan maupun luar negara. Kehadiran sis BBQ di pasaran dapat memudahakan pemerapan bahan bagi merela yang nak cepat atau tidak tahu nak buat bahan pemerapan sendiri.
  • Jika dan masih mahu menghasilkan sos pemerapan BBQ, sos tomato merupakan sos asas BBQ yg lazat selain campuran sos lain seperti sos lada hitam. Untuk bahan perasa pula, anda boleh masukkan sedikit perahan lemon, garam & gula. Berapa banyak kuantiti campuran setiap sos adalah bergantung kepada citarasa anda sendiri.




2 - Jagung
---------------------------
  • Pilih jagung yang tidak terlalu muda atau tua. Sebaik-baikya gunakan jagung manis dengan kualiti yang baik agar rasanya lebih enak.
  • Apa yang anda perlu lakukan, rebus dulu jagung selama 5 minit, selepas itu barulah letakkan di atas bara api. Dengan cara itu, barulah jagung akan masak dengan sempurna.



3-Sayuran
---------------------------
  • Sebelum anda meletakkan sayuran di atas bara api, pastikan sayuran otu dipotong besar. Ada sesetengah sayur seperti terung, tomato dan lada benggala hanya perlu dibelah dua.
  • Selain itu, sapukan juga minyak pada sayuran anda. Pastikan anda memanggang sayur tidak terlalu lama untuk elakkan khasiatnya hilang.


4-Makanan Laut
---------------------------
  • Untuk memanggang makanan laut, anda perlu pastikan bara apai benar-benar merah membakar. Jangan lupa sapukan menega pada makanan laut sebelum anda memanggangnya. Mentega bukan sekadar memberi rasa yang lazat, malah dapat elak makanan laut dari kering dan melekat pada keranjang jaring.
  • Makanan laut perlu dimasak dalam masa yang singkat sekadar 5 minit dan perlu kerap balikkan dalam tempoh tertentu.



6 - Buah-Buahan
---------------------------
  • Makanan hidangan BBQ tanpa pencuci mulut dirasakan kurang lengkap. Nenas adalah buah yang selalu menjadi pilihan. Selain itu, ada juga menguunkan pisang dan buahan lainnya yang sesuai.
  • Anda juga boleh menjadikan ubi keledek dan ubi kentang sebagai hidangan tambahan dari kategori karbohidrat untuk melengkapkan zat dalam hidangan barbeque anda.




Kebaikan Dan Keburukan :-
----------------------------------------
  • Makanan hidangan BBQ dilihat sebagai cara masakan yang sihat kerana tak perlukan minyak yang merupakan penyumbang kepada lemak. Tetapi jika air dari bahan-bahan yang anda masak itu menitis lalu menghasilkan api dan asap yang menyebabkan makanan anda tidak sihat untuk kesihatan.
  • Asap dan api yang keluar dari bara tersebut terutama bila anda memanggang satay atau ayam percik, mengandungi gas yang dinamakan karsinogen. Gas karsinogen itu pula dikenal pasti sebagai bahan aktif kanser (cancer).
  • Kesimpulannya, bila anda makan makann yang dipanggang ala BBQ, anda dinasihatkan agar membunag bahagian yang hangus. Selain itu juga, anda perlu perbanyakkan timun kerana timun dapat menyerap gas karsinogen.

K la sy sudahi ngan 2 idioms that can make us think ya ... as a muslim pratictioner moderation is the key in everything, rite ??

1. “Healthy citizens are the greatest asset any country can have.” ― Winston Churchill
2. “Let food be thy medicine and medicine be thy food.” ― Hippocrates

Post a Comment