Thursday, December 22, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Masakan Laut - HomeMade Ala ShellOut •*¨*•.¸¸❥


Versi Sempoi (1) :-
-----------------------
  • 1 - Bahan2 mentah.....siput xdak ??
    Celurkan seafood dan tapis.. sayur pun celur/rebus jugak ...


2 - Bahan tumisan..kicap utk hasilkan warna gelap masakan...

  • *cili kisar ( lebihkan klu nak pedas )
  • *rempah kari daging - kurang dari 1 sudu ok..klau lebih nanti rasa kari pulak
  • *sos tiram


Kicap Lemak Manis ye bkn Kicap Lemak Kari ..hah buat Maharaja Lawak la tu ...dah malas aku nk edit balik !! >_< ... 


  • 3-Cairkan butter....tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi..masukkan rempah kari dan cili kisar( kurang dari 1 sudu ) masukkan sos BBQ .. masukkan sedikit air rebusan bahan mentah tadi....tumis hingga pecah minyak....
  • 4 - Masukkan seafood dan kacau sebati...( api besar ..fungsi utk elakkan air dari seafood keluar - pastikan jgn smpai hangit lak ) ..bila nmpak seafood dh hmpir msak..sederhanakan api. kacau himgga masak....perasakan dgn garam kicap dan gula..masukkan sayuran..
 

 
Versi Complicated (2)
--------------------------
 

Bahan2Nya :-
-----------------

  • Pilihan makanan laut - ketam,lala,kepah,udang dan sotong (ikut kesukaan masing -masing)
  • Pilihan sayur - brokoli,bunga kobis dan jagung



Bahan2 Tuk Buat Pes :-
--------------------------

  • Cili kering - direbus kemudian dikisar (sukatan ikut banyak mana bahan makanan laut)
  • 2 biji bawang besar - dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 peket kecil udang kering - dikisar



Bahan2 Tuk Menumis :-
---------------------------

  • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 20 biji cili padi - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam jawa
  • 4 batang daun kari
  • 2 sudu rempah ikan
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam Knorr
  • sedikit minyak dan butter untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air



Cara2 Stepz By Stepz :-
---------------------------

  • Panaskan butter dan minyak,kemudian tumis kan bahan yang telah disediakan tadi
  • Kacau dan biarkan naik bau dan sedikit layu
  • Kemudian masukkan bahan pes tadi,biarkan sehingga naik minyak
  • Kemudian masukkan rempah gaul sebati,biarkan masak sekejap
  • Masukkan pula sos tiram,kiub ayam Knor,kacau sebati
  • Akhir sekali masukkan sedikit air,gula dan garam secukup rasa



Cara2 Memasak Makanan Laut :-
---------------------------------------

  • Masukkan satu senduk pes untuk setiap makanan laut seperti ketam,kemudian lala,akhir sekali sotong,kepah (yang telah di buang kulit) dan udang dalam kuali.Gaul dan masukkan daun kari biarkan masak,kemudian angkat boleh dihidangkan



Cara2 Memasak Sayur :-
-----------------------------

  • Masukkan setiap sayur brokoli,bunga kobis dan jagung secara berasingan di dalam rebusan air yang diletak garam dan minyak.
  • Kemudian toskan.Untuk brokoli dan bunga kobis boleh direndankan dalam air sejuk untuk meranggupkan sayur
  • Akhir sekali dalam penyediaan ala 'Shellout' nie,boleh lah dihidangkan diatas kertas atau ada yang serve atas daun pisang dan boleh tambahkan nasi putih kalau mahu.Mudah aja kan,gerenti puas makan masak sendiri untuk family..Selamat mencuba ya..



Last but not least , happy holidays and happy new year ye !!

•*¨*•.¸¸❥ End of Pelbagai Masakan Laut - HomeMade Ala ShellOut •*¨*•.¸¸❥




Post a Comment