Thursday, December 29, 2016

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade TomYam Campur Putih Ala Thai •*¨*•.¸¸❥


N3 ni pasal nak makan tomyam tp xde pes tomyam, heheh ... so, solutionnya ialah cuba masak tomyam putih yang rasanya memang tak kalah dengan tomyam pes merah biasa. Ce try insyaAllah lebih sedap ...

Boleh juga gunakan pes tomyam putih di pasaran, contohnya :-





Bahan2 A :
---------------

  • 4 cawan stok ayam - boleh rebuskan tulang ayam sebentar untuk menjadikan stok.

Bahan B (Di goreng tanpa minyak - sebentar sahaja)
-------------------------------------------------------------

  • 3-4 tangkai cili kering (boleh juga gunakan cili padi)
  • 2 ulas bawang merah di potong dua
  • ** sy skip this step ya ...masa dah time huhu ! ...tp ce try, insyaAllah lebih sedap ....
    Stepz : 1. Masak 4 cawan stok ayam di dalam periuk yang sederhana besar, sementara itu goreng sebentar tanpa minyak, cili kering dan bawang merah yang di belah dua tadi.
    2. Bila stok ayam mulai panas, masukkan cili kering yang di goreng tadi. Jika suka pedas, patahkan cili tersebut terlebih dahulu (cili menjadi agak garing selepas di goreng).

Bahan2 C :
---------------

  • 350gm isi/daging ayam - di potong kira-kira 1 inci
  • 3 sudu besar kicap ikan atau sotong
  • 2 batang serai - Di ketuk dan potong sepanjang 2 inci
  • 1-2 bawang holland
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas
  • 5 helai daun limau purut - di carik (buang tulang di tengahnya)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 200 gram cendawan tiram
  • 1 biji tomato - di potong empat (Boleh juga gunakan tomato cherry)
  • 3 sudu besar air limau nipis
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 2-3 tangkai daun ketumbar.




How's To Stepz-By-Stepz :-
-------------------------------------
  • 1. Tumbukan bahan2 seperti cili padi, bawang putih dan bawang holland(sikit je, yg lebih tu nnt masuk dlm kuah). 



  • 2. Saute bahan2 seperti cili merah, cili putih, daun limau, serai, lengkuas, bawang holland. Biar naik bau wanginya ... wah, semerbak harum kitchenku itu ....Boleh masukkan pes tomyam ketika ini jika ada di tpt kejadian ! ... if xde paste just proceed ngan next stepz ... leh masukkan kicap ikan/ sos ikan or kicap sotong ...


  • 3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Boleh kecutkan isi ayam masa ni (or boleh gorengkan sekejap tdahulu), tp jika x suka, boleh terus curahkan 4 cawan air. Renihkan selama 15 mins sehingga isi ayam tersebut benar-benar empuk ...


  • 4. Air yang dicurahkan mengikut korum famili memasing ya ... korum byk masukkan air byk sikit, if not then seadanya la mcm famili kecikku itu ...**pis***




  • 5. Masukkan pula air asam jawa; cendawan, tomato serta air limau nipis. Rasa kuah tomyam tersebut, dan sesuaikan dengan citarasa anda ...


  • 6. Masukkan serbuk perasa dan garam. Seimbangkan rasa ..lau nk letak gula pun sokay jugak ... Note : lau nak letak santan pun sokay jugak jadi tomyam putih bersantan gittew ... Sure more yummy ! to your tummy !

  •  7. Last sekali leh masukkan daun sup or daun bawang ... Leh hidangkan panas2 dan slurp ! slurp ! ..







Last sekali kepada anak2 yg bakal bsekolah 2017, selamat kembali ke sekolah ya ... belajar rajin2 supaya mak ayah boleh berbangga ngan uols !! .. this is the way to pay a tribute to them tau !! Siapa kita tanpa ibu & ayah ...ingat tu



•*¨*•.¸¸❥ Huh bermula kehidupanku sbg drebar balik *tensen tahap dewa ! * •*¨*•.¸¸❥




Post a Comment