Sunday, November 06, 2016

•*¨*•.¸¸❥ My First HomeMade Takoyaki •*¨*•.¸¸❥


Projek hujung minggu ni buat takoyaki, dah lama teringin nak buat sendiri but xdela 'homemade' sangat pun sbb beli dah siap dari Tepung Takoyaki / Okonomiyaki Bentong. Saya mulakan dulu apa pengertian TAKOYAKI ni.


Takoyaki is a ball-shaped Japanese snack made of a wheat flour-based batter and cooked in a special moulded pan. It is typically filled with minced or diced octopus, tempura scraps, pickled ginger, and green onion. Wikipedia
Additonal - Takoyaki literally translated means octopus fried, but takoyaki isn’t just fried octopus – it’s a tiny, piping hot ball of batter filled with green onions, ginger, crispy tempura bits and octopus. It’s crisp, it’s gooey, it’s delicious.

Oh ya takoyaki pan yg comel-lote  tu sy beli kat Lazada for MYR42.70 jek (tgk ari ni cam lebih murah :D ..yesza ! homai ! homai !) - pic mcm kat bawah, tp 'ball size'nya kecik compare yg kita beli kat Takao Tau AEON tu ya ... tp sokay la for ladiez bite-size 'comei2 + ayu2' gittew ...suai tuk yg ctrl cun bagai ...

Sy sediakan 2 version ready-made version and from scratch version .... tuk filling and toppings bahan2 sama jek ...




Source : iamafoodblog.com
Edited By : MissRose@Redroses2u.Net


Bahan2 tuk BATTER :-
-----------------------------

  • 300g all-purpose flour/tepung serbaguna
  • 3 telur ayam
  • 1 liter (4 1/4 cups) air sejuk
  • 3g salt
  • 1/2 teaspoon kombu dashi stock granules *-
  • 1/2 teaspoon katsuo dashi stock granules *- 
  • 2 teaspoons soy sauce
 *- sy x pasti mn nk dpt ni that's y sy beli da siap, tp rsnya kat cake bakery ada ...

 Bahan2 tuk READY_MADE BATTER :-
--------------------------------------
  • 200g takoyaki flour
  • 1 biji telur ayam
  • 400 ml air sejuk
  • 3g salt
  • 2 sdb minyak sayur

Bahan2 tuk FILLING :-
-----------------------------

  • sotong/udang - direbus, or your choice of cooked, cubed protein (you could use shrimp, squid, chicken, hot dogs, etc) - sy ganti ngan ayam, udang pun will do ...
  • sedikit daun bawang
  • tempura bits or rice krispies - optional
  • cheese slice - chesdale
  • sedikit potongan cili merah
  • sedikit potongan kobis

Bahan2 tuk TOPPINGS :-
-----------------------------

  • Japanese mayonaise - brand kewpie pun sokay
  • Takoyaki sauce (you can buy this in a bottle at most Asian groceries, it usually has a picture of takoyaki on the front)
    Note : - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin
  • bonito flakes/katsuobushi - yg ready made sy goreng bg garing sikit, baru nyummy gittew ..
  • aonori (powdered seaweed) or seaweed strips


Langkah Penyediaan How's to Stepz By Stepz :-
-------------------------------------------------------------------

  • 1. Campurkan (2 sudu besar=25ml) minyak masak, 1 biji telur ayam dan 400ml air putih aka air kosong ke dalam 1 jug/mangkuk dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan 1 pack tepung takoyaki (200gm) sedikit demi sedikit sambil gaul hingga rata.
  • Note : Cara yang sy tunjukkan (base on pic) ni masukkan all in the batter, sama je cara atas atau cara ni ...
 
 







  • 2. Sapukan minyak sayur ke dalam bahagian lubang acuan takoyaki. Minyak ni boleh drizzle from time to time nk bg takoyaki masak cepat ya ...

  • 3. Tuangkan adunan tepung takoyaki ke dalam acuan takoyaki sehingga penuh, tp nk overload pun boleh jek sbb nnt kita boleh 'fold-in' & bulatkan.

  • 4. Isikan lubang acuan takoyaki yang berisi adunan tepung tadi dengan daun bawang, kobis yang dihiris halus dan inti seperti sotong/ udang/ ayam/ daging/ isi ketam dan sebagainya mengikut citarasa anda. (adalah digalakkan untuk memasak inti terlebih dahulu secara berasingan supaya tidak mentah, at least rebus sekejap).


  • 5. Apabila tepung sudah kelihatan mengeras, dengan menggunakan lidi takoyaki (sy gunakan buluh yg mcm skewer tu), fold-in & pusing-pusingkan adunan tepung supaya membentuk bentuk bola.
  • Note : Cara sy bentukkan bulat ialah, tolak sedikit lepas tu tambah tepung sikit2 guna sudu, bulat2kan lagi ..buat sehingga dpt 'full circle' ..bg cun gittew ... Mula2 tu susah once u get the rhythym u'll get hang of it ...insyaAllah ....


  • drizzle minyak sayur from time to time nk bg masak & brownish cepat.


  • 6. Biarkan masak hingga permukaan tepung kelihatan agak keperang-perangan aka brownish. Apabila sudah masak, angkat dan letak di atas pinggan.


  • 7. Taburkan parutan ikan panggang (bonito flakes) ke atas takoyaki yang telah dimasak. Tuangkan pula sos takoyaki diikuti dengan mayonis. Kemudian taburkan serbuk rumpai laut (aonori). Takoyaki anda sedia tuk di'ngap' !

  • Note : - Bonito Flake tu sy goreng sekejap nak bg more 'crispy' dan 'wangi' ..





Post a Comment