Tuesday, October 18, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Sayur - Sayur Kobis Masak Lemak Putih •*¨*•.¸¸❥




Kobis bulat (bahasa Inggeris: Cabbage) merupakan sejenis sayur. Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser [perlu rujukan] malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus[perlu rujukan]

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. [perlu rujukan] Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. [perlu rujukan] Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.[perlu rujukan]
Kobis bulat banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur

Saya tgk ada blog yg tumis bahan2 kisar tp sy x tumis la ye sbb xnak b'minyak tapi kalau uols suka boleh applykan .. versi saya sy x tumis bahan2 kisar, just put in the pan, letak santan & sayur kobis + bahan2 optional ... .


Bahan2 SempoiNya :-)
----------------------------------

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana - sy x buang 'core' & hiris memanjang dan besar2
  • 1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar - sy guna ikan bilis jek
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1200 ml santan cair
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut - optional
  • 1 tngki cili merah - optional
  • 2 batang serai ~ di ketuk - again optional
  • 5 ekor udang basah ~ buang kepala dan belah belakang, cuci bersih - x letak pun xpe, sokay jek
  • bbrp biji fish ball
  • 4-5 tngki cili padi - to spice up & hiasan jek ...
  • sedikit carrot - potong suka hati
  • garam & serbuk perasa

How's To Stepz By Stepz :-)
--------------------------------------

  • Kobis direndam air garam 10-15 mins tuk buang kotoran dan serangga2 kecil dicelah2 kobis. Toskan slps itu. Carrot, fish cake & cili padi/merah dihiris. Santan diblender & diperah bagai.







  • Bahan2 kisar ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Tuangkan santan secukupnya.






  • Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar bawang merah, bawang puith dan udang kering or ikan bilis. Kacau rata dan masak hingga mendidih. 



  • Masukkan kobis dan masak hingga kobis 1/2 lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air. Masukkan fishball/carrot/soo hoon aka suhun (toskan) dan hirisan cili padi or cili merah. gaulkan dan kacau rata.










  • Perasakan dengan garam secukupnya dan serbuk perasa. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.




  •  Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.......pengsann >__<








•*¨*•.¸¸❥ End of Pelbagai Sayur - Sayur Kobis Masak Lemak Putih •*¨*•.¸¸❥




Post a Comment