Sunday, October 09, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Lauk -Pauk - Ezy Pezy Ayam Masak Kurma •*¨*•.¸¸❥


Hmm dah lama xde N3, sy kesibukan terlampau banget ..hehehe ...So hari ni mmg kene release tension. Sy mulakan dulu apa pengertian masakan kurma ni ...Korma (kormaa, qorma, khorma, atau kurma; bahasa Urdu: کورمہ, bahasa Hindi: कोरमा) adalah makanan asal Asia Selatan;[1] kuah dapat dibuat dari yogurt, susu krim (susu), kacang-kacangan yang dihaluskan, dan pasta biji-bijian, atau santan. Hidangan ini biasanya dianggap sebagai sejenis kari. [1] Selain korma vegetarian, ada korma yang dibuat memakai daging.


Sumber : Amie's Kitchen

Bahan2 Sempoi :-)
---------------------
  • 800 gram daging ayam - potong 8
  • 3 biji kentang - belah 2
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 200 ml  pati santan
  • segenggam daun pudina - sy gantikan daun sup sbb xde di tpt kejadian :-)
  • 3 biji cili hijau - or cili merah or xyah letak - belah 2
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya or asam keping pun boleh
  • sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai - sy add


Bahan Yg DiTumbuk Halus / Kisar :-)
----------------------------------------
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 batang serai - cincang dan mskkn ke dlm blender sekali, ni sy add
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang


Cara2 MembuatNya :-)
-----------------------------
  • 1. Blender bahan2 kisar smpi jadi pes, then rempah kurma + air ... jdkan pes jugak ..


  • 2. Selepas itu panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin. Tumis rempah 4 sekawan & bahan kisar hingga wangi







  •   3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.




  • 4. Masukkan serai nk bg wangi, Selepas itu masukkan ubi kentang dan daging ayam. Masak sehingga ayam kecut dan kentang empuk.



 
  • 5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah mendidih dan agak pekat.



  • 6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina (sy gantikan dgn daun sup sbb daun pudina xde kat tpt kejadian ya).





  • 6. Perlahankan api dan masak sehingga terbit minyak.

  • 7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya (sy skip this ya), atau boleh sub ngan asam keping, last sekali masukkan tomato segar ya, ada masukkan carrot pun boleh jugak, carrot kena masukkan awal bersama kentang & daging td ...



Perhatian :-)
-----------------
  • 1. Kalau tak mahu gunakan minyak sapi/mentega atau marjerin pun tidak jadi masalah. Tapi kalau tambahkan sedikit salah satu bahan tersebut, aroma masakan akan bertambah m-e-n-g-g-o-d-a! 
  • 2. Semasa memasak daging ayam bersama kentang, air dari daging ayam akan keluar (gunakan api sederhana), tetapi jika terlalu kering bolehlah tambahkan sedikit air sebelum masukkan santan.
  • 3. Penggunaaan rempah2 seperti b cengkih, b lawang, cinnamon stick & pelaga dan seterusnya j manis, j putih tu mmg he rite choice sbb masakan kita terbau sehingga 10 deretan rumah uolss ..huhuhu ...Tp sy tgk ada resepi yg x masukkan pun ...so, pilihan masing2 la kan ...optional jek ....







Post a Comment