Tuesday, August 23, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Tips2 / Petua2 Merancang / Memilih Perabot (Furniture) untuk Ruang Tamu (Living Hall) •*¨*•.¸¸❥

Dah lama miss rose x buat N3 pasal hias2 ni ...Hmm now it's a time sbb rasa mcm nk re'decor' my living room. Beli sofa baru perhaps?? ...ada byk sofa yg cun2 dr https://ezbuy.my ... Hmm web sepupu-sepapat & kroni2 Lazada, Shopee, MF Design tpt curah duit dlm talian ahaks .... tp mmg cun-melecun dan boleh tahan jugak harganya ....FYI, pic2 sofa byk tdiri dari 'idaman hati' penulis x btauliah ini shj ya like modular, sectional, U type, L shape ... ngee

Ruang tamu merupakan ruang aktiviti utama kebanyakkan kediaman di Malaysia. Ramai yang berasa teruja untuk membeli perabot dan perhiasan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk melengkapkan penataan ruang tamu mereka. Tidak kurang juga yang sanggup berbelanja lebih di luar kemampuan sehingga berhutang atau menggunakan skim ansuran bulanan. Oleh yang demikian, bagi mengawal keghairahan ini, disenaraikan petua dan panduan dalam memilih perabot ruang tamu yang sesuai dan praktikal.



 

 

Merancang

1. Ukur tinggi dan lebar ruang.

Jangan lupa juga untuk mengukur keluasan pintu untuk mengelakkan kejadian perabot tidak muat melepasi pintu.


2. Buatkan plan lantai.

Tentukan ruang untuk anda letakkan perabot. Buatkan beberapa susunan dan bandingkan kesesuaian. Digalakkan juga untuk menggunakan aplikasi untuk merancang ruang anda supaya mendapat idea yang lebih baik.





3. Anggaran kedudukan.

Buat anggaran kedudukan perabot menggunakan tape atau surat khabar.

4. Kenalpasti Penampilan Ruang

Sebelum menjadi rojak kerana seronok membeli di kedai sana dan di kedai sini apabila melihat SALE, lebih baik jika kita tentukan dahulu gaya dan penampilan yang sesuai untuk diketengahkan pada ruang tamu ini.



Sebaik tetamu melangkah masuk untuk berurusan atau melawat tuan rumah, penampilan ruang tamu ini akan memberikan satu signal yang memberitahu kepada tetamu untuk bagaimana perlu berinteraksi di ruang tersebut.
  • Penampilan Mewah
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang berfikiran dan berperwatakan mewah dan elegant. Oleh itu tetamu juga perlu beradab dan menghormati susunatur dan kelengkapan di dalam ruang tamu di kediaman tersebut.
  • Penampilan Ringkas
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang suka berurusan secara mudah dan tidak serabut. Ia juga menjadikan tetamu berinteraksi secara langsung dan tidak meleret kepada perkara lain.
  • Penampilan Professional
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah sebagai seorang yang berfikiran dan suka berurusan secara professional. Oleh itu secara tidak langsung tetamu juga akan berkomunikasi secara baik dan menghormati tuan rumah dan persekitarannya.
  • Penampilan Santai
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang tidak cerewet dan mudah didekati. Suasana santai memberikan kebebasan untuk tetamu berinteraksi dengan tuan rumah dan persekitaran ruang. Kebiasaan susunan perabot dan perhiasaannya memberikan keselesaan buat tuan rumah dan pengunjung. Namun perlu berhati-hati kerana ia mungkin akan memberikan masalah kepada si tuan rumah untuk mengemas semula ruang jika terlalu berlebihan beraktiviti bersama tetamu di ruang ini.
Penampilan yang dipilih ini kebiasaannya adalah mengikut sifat peribadi si tuan rumah. Dengan mengetahui penampilan yang ingin diketengahkan ia akan memudahkan untuk ke langkah seterusnya iaitu dalam pemilihan gaya dan perabot yang sesuai.

5. Kenalpasti fungsi ruang.

Mengenalpasti fungsi sesuatu perabot itu amat penting. Kita perlu hadkan perabot yang perlu ada untuk ruang tamu ini. Elakkan membeli tanpa perancangan.


Untuk mengenalpasti fungsi perabot, kita perlu kenalpasti dan senaraikan aktiviti yang akan dijalankan di ruang ini terlebih dahulu, kemudian fikirkan perabot yang diperlukan bagi melengkapi aktiviti ini
Aktiviti: Duduk santai
Perabot: Dapat merehatkan, boleh duduk secara santai, boleh sandarkan kepala, boleh baring, boleh lunjurkan kaki
Aktiviti: Minum petang
Perabot: Boleh dihidang makanan ringan dan air, mudah di alih/ringan, bersaiz kecil dan boleh dipisahkan atau perlu bersaiz besar
Aktiviti: Berurusan dengan tetamu/pelanggan secara formal
Perabot: Boleh berbincang dan buka dokumen
Aktiviti: Membaca dan membelek gambar keluarga
Perabot: Boleh menyimpan dan pamerkan buku & album

 Memilih Perabot

1. Mulakan dengan yang asas.



Kebanyakan ruang tamu mengandungi sofa, armchair, side table dan coffee table. Cari perabot-perabot ini dahulu sebelum cari item tambahan seperti ottoman dan meja tambahan.

2. Beli item yang tahan lama.

Cari item yang kukuh. Mungkin harganya lebih mahal sedikit tetapi ia akan menjimatkan anda untuk jangkamasa panjang. Pastikan item berkualiti tinggi dan fabrik yang stain-resistant. Huh better beli kayu jati mmcm tu kan ? tp sy x suka kayu-kayan ni ... cis, x menghargai nature langsung ngeee ... Rasa jiwa mcm 'kekacauan' jek bila tgk kayu-kayan ni ...tp lau tgk flora n fauna, panorama bagai tu another case la ... itu mmg besh ! .. Mungkin pilihan yang lain ialah rotan, classic habis tp lau kene gaya mmg 'meletopz !!' 



 

 

3. Koordinasikan item-item.

Setiap perabot perlu menjadi pelengkap antara satu sama lain. Jika tidak, ruang akan kelihatan huru hara. Sekiranya anada ada tema tertentu, seperti moden atau tradisional, harmonikan dengan item-item yang sesuai dengan tema anda, jangan bercampur-aduk.


4. Kenalpasti tema dan gaya.

Gaya sangat memainkan peranan untuk memberikan “mood” di ruang tamu. Ia juga sangat membantu tuan rumah semasa proses pembelian perabot dan perhiasan kerana ia sudah mengecilkan skop dalam pemilihan jenis gaya perabot dan perhiasan yang perlu dipilih.


Yang terbaik adalah pemilihan satu gaya sahaja. Jika sudah pandai berurusan dengan gaya barulah boleh mencampurkan 2-3 gaya dalam satu ruang. Antara gaya yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • Gaya Moden
    Kemas dan bersih (Clean Cut). Perabot dan perhiasan yang digunakan bersifat secara langsung dan tidak ada hiasan atau ukiran yang berlebihan. Ia hanya mengikut garisan keperluan mengikut fungsi dan keperluan. Hanya satu atau dua sahaja elemen yang ditimbulkan dalam satu ruang.
  • Gaya Traditional dan klasik
    Ia kebanyakannya menggunkan elemen kayu terutamanya pada perabot. Rekaan dan ukirannya mengikut etnik kaum tertentu.
  • Gaya Inggeris
    Kebanyakkan perabot dan perhiasan Inggeris banyak menggunakan hiasan bunga-bungaan dan warna putih menjadi warna asas dan warna latar belakang.
  • Gaya Kedesaan
    Gaya kedesaan pula banyak mengguna pakai perabot dan aksesori yang melibatkan anyaman dan hasil kraft.
  • Gaya Tropikal
    Ciri-ciri gaya tropikal adalah menggabungkan perabot dan perhiasan ruang dengan pokok-pokok hijau yang menyegarkan. Ia juga menggabungkan elemen seperti air, batu , kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau.
  • Gaya Timur Tengah
    Menampilkan perabot dan perhiasan yang “warm” dan disantuni dengan corak-corak dari timur tengah yang bewarna terang seperti unggu, merah hati, dan kuning keemasan.
Banyak lagi gaya yang boleh diketengahkan. Pemilihan satu gaya yang kukuh menjadikan ruang tamu yang dibina menjadi harmoni dan sedap mata memandang. Tanpa pemilihan gaya yang sesuai , ia akan menjadikan ruang tersebut menjadi serabut dan tidak keruan.
Jangan lupa mengambil kira skema warna yang telah ditetapkan untuk dipadankan dengan perabot untuk ruang tamu anda.

5. Faktor ruang sempit

Pilih loveseat (2 seater) berbanding sofa (3 seater) jika ruang sempit.
Elakkan juga membeli set perabot 3-2-1 seater atau sofa L-shape. Sebaliknya pilihlah perabot yang lebih kecil dan berpasangan.

6. Perabot tambahan.

Penuhkan ruang dengan perabot tambahn sekiranya ruang mengizinkan. Rak, ottoman, kerusi dan meja tambahan boleh ditambah ke ruang yang luas. Namun terlalu banyak perabot akan membuatkan ruang sempit menjadi sesak. - Ottoman & stools paling sesuai sbb perabot tambahan or pelengkap.








10 Tips Idea Jimat Menghias Rumah Sendiri Teks: Khairunnisa Hamzahara Imej: Google (maaf ya, gambar akan dimasukan kemudian, ada masalah ngan encik blogger ni time nak upload imej) Gambar : Contoh hiasan yang lengkap Alhamdulillah, Hari ini saya berpeluang untuk berkongsikan 10 Tips tentang Idea Penjimatan yang boleh dilakukan untuk menghias rumah sendiri tanpa memerlukan khidmat perunding hiasan dalaman. Idea ini tercetus setelah pulang beraya dari beberapa rumah kenalan di mana mereka telah menghabiskan puluhan ribu ringgit yang diberikan kepada pereka hiasan dalaman bagi mengubah suasana kediaman mereka. Apa yang menyedihkan saya, ada kediaman yang saya dapat nilaikan harga hiasan dalaman dan aksesori nya tidak sampai RM20 ribu tetapi kos yang dikenakan adalah RM40k iaitu dua kali ganda. Mana tak nya , dah dia upah pereka hiasan dalaman , pasti lah mahal kan. Yang berduit pasti boleh tersenyum puas, tapi bagaimana pula yang tidak ada budget sebesar itu dalam menata rias kediaman. Jadi di sini saya ingin berkongsikan 10 Tips dahulu tentang asas dalam menghias kediaman. Ini bukan sahaja di praktikan oleh saya sendiri, malah kebanyakkan pereka hiasan dalaman juga menggunakan kaedah yang saa seperti yang saya bakal kongsikan ini. Saya harap, perkongsian ini dapat memberikan manfat kepada semua yang membaca :) 1. Cari Idea dari Sumber "PERCUMA" Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka) adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Idea-idea ini sememangnya dari orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal , MInimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun "Mix & Match". 2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya. Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualn murah sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatf dan unik! 3. Lagak sebagai Tetamu Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik? Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini. 4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru. Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah ! 5. Rombak semula Susunatur Perabot Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan? :) 6. Warnakan Dinding Fokus Utama dengan Warna Terang Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang. Untuk selamat, pilih warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian. Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut. Sebabnya hari-hari nak kena pandang dinding tu kan :) 7. Perabot Tampak Baru dengan Aksesori Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa bagi membelai kaki ketika duduk di sofa. Letakkan meja kopi kecil dan lampu meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat rehat yang di idam-idamkan. Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan. Jadi , jangan sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan kelihatan baru. 8. Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik, mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang, bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam hari dengan lampu kuning ini. Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif. Letakkan hiasan yang menarik di bawah lampu ini kerana ia akan menyinari ruang tersebut dan menyuramkan yang lain. Kegunaan lampu ini juga adalah bagi mengurangkan pandangan terhadap keseluruhan ruang. Berbanding menggunkan lampu putih di mana semua barang nampak jelas. Namun begitu, tidak lah semua lampu perlu bewarna kuning. Saya pernah melawat rumah jiran yang kesemua lampunya dipasang bewarna kuning sehingga suami nya mengalami migrain bila hendak buat kerja di rumah di malam hari. Lampu putih penting untuk pandangan sebenar. Jadi, pasangkan lampu putih dan lampu kuning di rumah dengan suis yang berasingan (bagi lampu downlight siling). Atau boleh saja gunakan lampu samar seperti lampu berdiri atau lampu meja saja. Begitu juga dengan spotlight. Ia bantu menaikkan seri ruang terutamanya seri barangan yang dipancarkan lampu tersebut. Ini adalah seni dalam mempamerkan ruang. Boleh juga dapatkan lampu spotlight yang dijual di Groupon. Ia menggunakan bateri tanpa wayar dan ada jenis yang menggunakan solar. Lampu yang mudah dipasang ini boleh diletakkan dalam kabinet atau di celah-celah ruang. 9. Rawat Dinding Dengan Idea Kreatif Dinding dengan Idea kreatif ini saya pernah bincangkan di post sebelum ini. Baca lebih lanjut di post Dinding Kreatif Ubah Suasana Kediaman 10. Membeli Barangan Hiasan Ketika Ada SALE Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada jualan murah melainkan ia memang murah :) Negara kita ada banyak musim perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah diadakan. Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah, jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: " Alah, untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari tu mahal" Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah berlangsung. Saya ingin kongsikan di sini, saya pernah ke jualan murah MACY di mana harga kain RM80 semeter jatuh kepada harga RM1 semeter! Kain dijual secara segulung-segulung. Dalam satu gulung ada 40-50 meter. Jadi saya dapat kain 40 meter dengan harga RM40 sahaja. Kain yang cantik, berkualiti dan di import. Kenapa jual seringgit semeter? sebab ia ditolak oleh MACY cawangan singapura, jika tidak silap lah (ini yang saya dengar) ia disebabkan kain tersebut dikatakan terkena air dan berkulat. Memang benar ada sedikit kain yang berkulat namun masih tidak rugi kerana kain yang ada ada berpuluh meter. Saya dapat agih-agihkan kain tersebut di kampung dan merasalah saya dan ibu serta mak mertua saya. Kain tersebut kami jadikan "WALLFABRIC" dan selepas menggantungkannya, rumah saya masuk majalah! :) Saya juga pernah dapat batu dekorasi hiasan dinding dengan harga hanya RM10 sahaja. Harga asalnya RM299 sekeping. Kenapa jatuh harga RM10 sahaja? sebab batu tersebut telah tertanggal dari bingkainya . Saya dan suami memasukkan kembali batu tersebut dan gam kannya dengan gam batu di bingkai tersebut dan ia kembali normal dan boleh di pasang di dinding. Saya dapat beli 10 keping batu tersebut dengan harga baru RM100 berbanding jika harga asalnya boleh menceah RM3000. Hebatkan penjimatan yang berlaku? Begitu juga di IKEA, kalian boleh pilih barang di seksyen AS IS. iaitu barangan yang telah di pamerkan di ruang pameran. Perlu touchup sikit tapi harga dah jatuh jauh lebih murah. Rumah masih bergaya cuma tak perlu habiskan duit. Kita boleh gunakan duit lebih untuk kegunaan utama yang lain. Ok lah..Sampai sini dahulu, saya akan kongsikan lagi 10 tips idea deko pada hari yang lain. Wassalam //KHAIRUNNISA HAMZAHARA//

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Post a Comment