Monday, August 01, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Siakap Goreng TomYam Ezy Pezy •*¨*•.¸¸❥




.:: Bahan2 Sempoi ::.
---------------------------

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bwg besar-hiris bulat
  • 4 bji bwg merah-dicincang
  • 3 ulas bwg putih-dicincang
  • 1/2 inci halia-dicincang
  • 15 biji cili padi- dititk,
  • 2 btng serai-dititik,
  • 1 biji tomato-di belah 6
  • daun ketumbar daun limau purut
  • 1/2 batang lobak merah-hiris pnjang
  • 1 mangkuk kecil brokoli
  • 1 kiub pati tomyam
  • 3 biji limau kasturi-ambil jusnya je- boleh guna jus limau nipis dlm 2 sudu besar
  • 3 sudu besar sos nampla/sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • 1 cwn air atau secukupnya
  • 1/2 cwn minyak utk menumis


.:: Cara2 MembuatNya ::.
-----------------------------

  • Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan bersama garam. Salutkan sedikit tepung jagung + kunyit + garam dan goreng hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.


  • Tinggalkan dlm 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan2 yg dicincang hingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar, serai, cili padi. Masukkan cili giling jika suka pedas lagi.

  • Masukkan tomyam pes. Kacau rata dan biarkan mendidih. Boleh masukkan sos nampla + kiub ayam masa ni ...



  • Masukkan sayur-mayur lain seperti carrot, kobis cina, bancuhan tepung jagung. Masukkan air jus limau dan bancuhan tepung jagung as well. 

  • Taburkan daun ketumbar (skip)..siap utk dihidang...makan dgn kailan dan telur dadar pun sedap. 

Post a Comment