Thursday, August 04, 2016

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade Sup Tulang Rusuk Ala Thai / Siam •*¨*•.¸¸❥


Rasanya sy ambil dari resepi sedap pesbok kot ..x  ingat dah sbb dah lama KIV ... tapi lately suka bebenor plaks makan sup plus badan pun mcm x brp nak sihat jek (hmm ramainya orang DEMAM skrg ..knp eh?)... so, mmg la kene buat N3 sup :-) ...oh sy ada N3 terdahulu yg lebih kurang sempoi jugak ...

Sup ni sedap dimakan bersama sambal kicap cili padi ...mak aii .. zahir x terucap ! ...cm heaven jek bila makan ..sy sertakan juga cara2 membuat sambal kicap cili padi yg femes ames tu ...dan petua melembutkan daging ...insyaAllah ....jom buat !





Bahan2 Sup Tulang
--------------------------------
  • 500gm tulang lembu - sy guna tulang rusuk
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 2 btg serai (titik)
  • Cili api (ketuk2)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla
  • sedikit kulit kayu manis (cinnamon)
  • buah pelaga
  • jus limau nipis
  • tomato
  • daun sup
  • bawang goreng



Cara2 MembuatNya :-
---------------------------------
  • pic1 - Rebus tulang lembu bersama 1 biji bawang besar yg dipotong 4 + halia + lengkuas + kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga hingga empuk.
  • Note : 
  • Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.


  • pic2 - tumbuk bawang putih


  • pic3 - panaskan minyak tumis bawang putih hingga kekuningan



  • pic4 - Masukkan 2 biji bawang besar yang dipotong4 + bawang holland + cili padi + + serai + daun limau purut yang diramas sedikit ...gaul rata



  • pic5 - tuangkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk dan sekiranya air sup berkurangan boleh tambah air lagi.




  • pic6 - masukkan 2 sudu besar soso ikan/nampla


  • pic7 - Masukkan garam or bahan perasa
 
  • pic8 - Bila dah mendidih perahkan jus limau purut.



  • pic9 - Last sekali masukkan tomato yg dibelah 4, sedia tuk dihidang, hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup @ daun ketumbar ....
  • Lau nk lebih 'terangkat' lagi boleh guna any sup siam pes ... hari tu sy ada beli 1 brand tp x ingat plaks apa dia ... yg jumpa adabi jek bila gugel .. heheh.. Ianya boleh menambah ke'likat'an dan ke'yummy'an sup uols kalau bubuh ni ..
  • Boleh guna periuk NOXXA tuk lebih masakan yang lebih super duper speedy gonzalez ... .. 
Sambal Kicap Terangkat


:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.



korang pernah tgk cili padi ni ? wp pepel dan cun rsnya mmg pedas gilez, 'berasap' telinga ..ngalahkan pedas cili padi yg biasa tu k ... dun under estimate tau ! cun dan garang mcm k ros upin ipin ..




 
 :: Petua Melembutkan Daging / Daging pada Tulang / Tetel ... ::
  • Dengan cara ni, Insya-Allah... tak perlu guna pressure cooker, tak perlu nak merebus sampai berjam-jam atau terpaksa beli daging batang pinang yang sangat mahal tu. 
  • Daging boleh dihiris nipis dengan sangat cantik sekali. Insya-Allah... bila merebus tulang... dagingnya lembut dan longkah (senang tertanggal). Bila merebus tetel... boleh kunyah! Gitulah powernya si BOS ni hehehe...
:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 1 kg daging / tulang / tetel
  • 1 sdteh bicarbonate of soda
  • 2 inch halia
  • 1 sdteh garam
  • Air secukupnya
  • Yeaa... inilah rahsianya... Bicarbonate of Soda! Cuba... jangan tak cuba...



:: Cara2Nya ::
----------------

  • Letakkan ketulan tulang atau daging dan tetel yang belum dipotong ke dalam periuk. Tuangkan air hingga separas 1 inch melepasi tulang/daging.
  • Tambahkan bicarbonate of soda, halia dan garam.
  • Gunakan api besar, tunggu hingga air mendidih.
  • Bila buih putih dah mula membuak, kecilkan ke api sederhana dan teruskan mereneh.
  • Sendukkan keluar buih putih yang sudah kental. Tunggu hingga daging 3/4 empuk.
  • Maksudnya mudah dipotong, boleh dikunyah, cuma masih sedikit liat.
  • Selalunya ambil masa 45 minit sahaja untuk berat 1 kg.
  • Jangan terlebih masak sebab dagingnya akan jadi lembik dan berderai bila dimasak lagi.
  • Angkat dan hiris daging atau tetel untuk masakan seterusnya.
  • Angkat dan rebus semula tulang untuk membuat sup tulang.
  • Atau tumiskan tulang bersama rempah untuk nasi briyani.
  • Cara ni tak sesuai kalau nak buat stok sebab rasa air rebusan agak payau sikit. Dan selalunya kita memang tak gunakan semula air rebusan tu... terutamanya kalau merebus tulang / ketulan daging untuk buat sup atau nasi briyani.
  • Jangan risau, buangkan saja... Rasa sedap daging akan tetap ada. Insya-Allah sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan paling penting... tak berladung lemak. Nasi briyani pulak tak jadi muak.
  • Kita lebih suka rebus ketulan daging / tetel terlebih dahulu. Senang nampak jalur uratnya, jadi lebih senang untuk menghiris.
  • Terima kasih pada Linda yang mengajarkan petua ni kat kita. Mudah dan sangat  menjimatkan - jimat gas, jimat masa dan tak perlu beli  pressure cooker. Selamat mencuba!



 •*¨*•.¸¸❥ End of HomeMade Sup Tulang Rusuk Ala Thai •*¨*•.¸¸❥



Post a Comment