Saturday, July 30, 2016

•*¨*•.¸¸❥ YummyLicious BlueBerries Cistat V3 ... Again ? Ulang Tayang ? + Oreo Cookies Chocolate CheeseCake .. >_< •*¨*•.¸¸❥


Cistat ni sy buat masa Jamuan Raya 2016 minggu lepas. Pesta makan tahunan yang sangat2 menarik, mmg heaven betul makanannya ...Aduhai, perut jek x larat nak isi, just imagine lots2 of Foodies - Laksa, Mee Hoon Sup, Ayam Goreng Berempah, Ketupat + Rendang & All varieties of desserts - Cakes, kuih-muih modern & tradisional, puding + buah2an + kuih raya + Karaoke dan makan sepjg hari ...mmg syiok habis ...Hilang segala bebanan kerja dan masalah yang ditimpa2kan kat we olls hehehe ....

Cara membuat shell or crust cistat dan lorekan atas cistat leh refer N3 tdahulu sbb Mim-Alif-Lam-Sim nk ulang tayang lagi dah ..Ok uols ...Let's start it out ...




:: Bahan2 Utk Crust/Shell ::
--------------------------------



Source : http://fromintankitchen.blogspot.com
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C - lau guna gred B kurangkan sedikit white eggnya
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Acuan tart 



 

:: Cara2 Membuat Shell/Crust ::
------------------------------------


  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak....but depends on your oven jugak ya >_<
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  •  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Jom tengok cara2 membuat fillingnya :-



:: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
-----------------------------------------

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis sbb sy mhadapi masalah gula x larut la hehehe
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 1 sd teh air perahan limau or lemon - optional
  • 1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..
:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
--------------------------------------------------

  • Biarkan Cream Cheese berada pada suhu bilik otherwise susah nak working with nnt. Putarkan Cream Cheese seketika ngan Tairu aka Susu Masam nak bg dia smooth sailing :-).
  • Campurkan pula Instart Custard Powder, putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ...
  • Masukkan telur ayam dan putar sebentar (kalau nk buat cheese cake sila guna 3-5 biji telur ayam ye) ...tu jek la bezanya ...
  • Selepas itu masukkan gelatine utk memekatkan cream cheese mixture - optional nk masuk boleh x masukkan sokay jek .......Putar lagi sehingga 'putih'....
  • Masukkan pula Sunquick Essence untuk 'enhance'kan the flavour...Putar lagi ...... keje kita mmg putar je la ...kuikuikui ...

  • Masukkan pula Vanilla Essence tuk mewangikan batter. .hohoho
  • Masukkan sedikit Cinnamon Powder to enhance the flavour ......(brp byk enhance dah >_< )
  • Diikuti oleh Condensed Milk. Curah ikut keperluan ya, suka manis tambah byk, if not just seadanya ya ......
  • Masukkan nescafe powder...kalau x suka xyah put inside ...sj nk bg bitter jek ...

  • Inilah hasilnya .. MeanWhile boleh masukkan cream cheese mixture, BlueBerries filling dan sedikit batter yg telah diwarnakan (pepel, ijau or so) ke dalam piping beg ...so ready to make the cistat  !!

    • Susun crust di dalam dulang ikut suka. BlueBerry Filling tu boleh masukkan ke dalam 'piping beg' supaya senang nak dispense on the shell .... eh dah  typing/ckp kat atas kan ..hohoho


    •  Setelah itu pipingkan fillingnya pula .. .....filling boleh diletakkan ikut suka seperti peanut butter, chocolate filling, custard dsbgnya ... lagi banyak filling lagi meriah gitu ...the more the merrier !!
    • Selepas itu pipekan batternya pula ... kalau batter thick semcm leh apply for cistat chubby, dah byk kali nk try buat tp x pasti mcm mn nak buat montok tu ....
    • Setelah siap, ambil sedikit batter tadi, warnakan hijau dan try buat 'lorek' atas cistat supaya cun la ... buatkan like 5-6 polka dot atas comel tart tadi
    • Dengan menggunkan piping tersebut just 'connect' the dot or line2 tadi ... NOTE : proses untuk melorek dilakukan ketika cheese mix tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. (kene buat semasa 'runny stage' tau)
    • Hiaskan dengan 'bunga kiut miut' tuk menambahkan seri ... x letak pun xpe ..sokay jek ...
     

    • Bakar pada suhu 150C pada 3-5 minits je  ..... So resultnya seperti pic yang telah dibakar seperti di bawah ya :


    Petua2 Menhasilkan cistat tergebu & termontok alaf ini (drama jek lebih ..uweks)  :-
    • 1. Tart shell yang sedap mesti di hasilkan dari margerin dan bukan dari mentega. Ada beza antara Tart Shell margerin dengan mentega ..hah yeke? nnt sy CSI lg ya ...konpius mokcik.
    • 2 Jangan putar krim keju pada suhu bilik, kalau putar juga memang Cheese Tart anda takkan segebu yang anda impikan.
    • 3. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen). Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia di keluarkan dari peti sejuk. Teknik ini akan membantu krim keju itu menghasilkan Cheese Tart yang gebu.
    • 4. Telur pula mestilah segar dan dari gred terbaik dan seeloknya dari peti sejuk. Jangan kedekut sangat kalau nak buat untuk makan sendiri kan. Seeloknya guna selepas ianya di keluarkan dari peti sejuk.
    • 5. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

    Petua2 Membuat Korek di atas Cistat :-
    • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi - boleh juga buat polka dot ..seperti gambar di atas ya >_<.
    • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
    • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
    • Atau kalau nk senang masuk ke dalam piping beg, make a line or dot dot and connect and 'tarik' to each other ...more sempoi rite? ...heheh
    • Kalau x buat lorek pun sokay jugak ...no hal ...rasa ttp sama jugak :) ...



    • Oh ada technique/design terbaru yang miss rose jumpa n will try it out later ... cream cheese tu dia piping bentuk bunga on top of the tart shell + drizzled with choc ganache and put seketul butterscotch on top pf that ... it's like a combo of cupcake + mini tart ..cun gilezzz ngalahkan miss world !!. mmg gempaq!! ..refer pic bawah ya ...... In Shaa Allah will try later to eliminate 'misteri nusantara' in my mind ni ....cayo !! cayo !! .... Project to think about in the future ~




    .:: >> Oreo Cookies Chocolate Cheese Cake << :: .
    • Campuran yang sama boleh digunkaan untuk membuat Cheese Cake, sy buat kali ni Oreo Cookies Chocolate Cheese Cake ..  
    • Steps Taken :-
      ----------------




    • Step 1 - Hancurkan Oreo cookies, campurkan mentega cair (microwave or panaskan atas api), padatkan ke atas dulang/baking pan. Tekan hingga padat, masuk ke dlm freezer 15mins.
    • Step 2 - Mix the cheese cake batter (batternya step sama mcm buat cistat di atas ya). Selepas itu  curahkan adunan di atas ke atas lapisan oreo tadi.

    sumber images - google

    • Step 3 - Bakar 35-45 mins pd suhu 160C - 170C  ...
    • Voila ! Taraaa ...dah siap ... boleh la di served ....Yum ! Yum ! Hmm Dapnya ....:). Tgk pic  bawah ya ...saya parutkan cooking chocolate diatasnya and put ceri sbg hiasan ..

    • Sowi ya saya xde pic keratan rentas (haha ni subject sains ms tingkatan 3 kot) ..budak PT3 skrg guna istilah lain ler kot kui kui kui )... hari ini dalam sejarah :-)





    ~* End of My First BlueBerry Cheese Tart aka Cistat V3 *~


    Post a Comment