Monday, July 04, 2016

•*¨*•.¸¸❥¸ My Mum Rustic Chicken Curry (Kari Ayam Kampung BondaKu) •*¨*•.¸¸❥¸

Dah nak raya 2016 ni, sure korang balik kampung dan teringat nak makan kari ayam kampung rite. N3 ni pasal kari ayam kampung yang selalu my mum buat tuk famili kita orang. Ayam kampung ni ada 'specialty' tersendiri ... mmg ada ummppphhh bila buat rendang or kari ni. Kuah kari ni boleh dimakan bersama mee so that jadi mee kari or makan ngan roti jala sure sodap tu ... ok jom layannn !! 


:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 500 gram ayam dipotong- ayam kampung la in this case, takkan ayam 'town' plaks heheh
  • 1 senduk besar minyak masak 
:: Bahan2 DiTUMBUK halus ::
---------------------------------
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia 
:: Bahan2 DiTUMIS ::
-----------------------
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis
:: Bahan2 Lain ::
--------------------
  • 1 sudu besar kerisik- boleh diblend sekali ngan rempah kari
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging - bancuh supaya menjadi pes
  • 2 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping

:: Cara2 PenyediaanNya ::
-------------------------------

  • Step 1 - Panaskan minyak, tumis bahan tumis daun kari, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang sehingga naik bau.







  • Step 2 - Masukkan bahan tumbuk spt bawang putih, bawang merah dan halia dan kacau seketika sehingga kekuningan. 
  • Step 3 - Masukkan pes kari dan kerisik kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan. 

  • Step 4 - Masukkan daun kari. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit.

  • Step 5 - Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  • Step 6 - Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  • Step 7 - Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  • Step 8 - Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi. 


  • Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya,
  • Langkah terkahir, masukan tomato or cili segar merah or hijau (jika suka la ye).


:: Tips BondaKu :
  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap.
  • Ada tips berguna suruh goreng rempah kari nak bagi kering ...uols leh try la ye !
  • My mum 'layur/panggang' dulu ayam ni atas api nk bg apa ntah ler heheheh ...bg sedap la kot heheheh
  • Ayam kampung xde or kureng lemak but a bit liat ye uols, so masak kuah tu sedikit lama dari biasa la ye ...bg betul2 empuk ...




~* Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat *~






Post a Comment