Monday, July 11, 2016

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade TomYam SeaFood Campur •*¨*•.¸¸❥


Tom Yam asalnya adalah sejenis Thai sup. Selalunya dimasak bersama udang. Tomyam sellau dimasak di negara2 sekitar Thailand seperti Cambodia, Brunei, Malaysia and Singapore.. Mr. Wiki


Saya sertakan juga cara2 membuat paste tom yam wp sebenarnya sy mmg beli jek ... x pernah lagi ter'over' rajin nk buat ..ngeee ... Tuk info jek la ye ... tp lau rajin ok jek ..sweettttsss ! (bc cara cik peah & SY @ Sinar FM)

Saya sertakan juga tips membuat tomyam yang terhangat di pasaran, sy x try lagi so no comments on this, maaf ya ! .... may be in future la ya ...ngee :-)

 
Bahan2 Tuk Mbuat Paste Tom Yam :-)
----------------------------------------------
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan - bakar
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

** Nak senang guna jek paste yg available di pasaran, sy guna Adabi Paste Tom Yam ...uols juga boleh pilih yg Thailand punya tu ..dlm botol ...x ingat da brand apa ...this one mmg terangkat gitu..





Cara2 Mbuatnya :-)
-----------------------
  • Semua bahan di atas di kisar.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  • Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 
  • Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan2 Tuk Mbuat Tom Yam :-)
------------------------------------
  • Ayam - potong kecil, sy x guna ayam tis time arouns ... N/A in the freeze :)
  • Makanan laut (udang, sotong, lala)
  • 1 labu bawang besar-di potong 6
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 inci lengkuas - di ketuk
  • 2 batang serai - di ketuk
  • 6 helai daun limau purut
  • 1-2 biji buah tomato - belah 6
  • 1/2 cawan perencah adabi or 2 ketul kiub tomyam
  • 1 sudu besar sos ikan - optional
  • 2-4 biji limau nipis
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3 sb santan (tak bubuh)
  • 6 biji cili padi-di ketuk
  • Garam
  • Daun ketumbar
  • Air putih secukupnya 

Sayur2an :-)
--------------
  • Bunga kubis
  • Karot
  • Cendawan - optional
  • Putik jagung - optional
  • FishBall - optional


Cara2 Memasak Tom Yam Base on Pics :-)
------------------------------------------------

pic1
--------

  • Mula2 tu, rebus ayam beberapa minit. Ketepikan (maaf pix xde sbb x msk ayam this time around).

pic2
--------
  • Tumis serai, bawang merah dan bawang putih smpai naik bau. Lengkuas or halia jika suka masukkan sekali. Selepas itu masukkan cili padi .. letak lebih jika nak pedas ..the more the hotter gitu :-)


pic3
-------------
  • Masukkan paste tomyam. Saya pakai perencah Adabi je. Masukkan pes bila bawang dah naik bau. Tumis sampai naik/pecah minyak ya ...



pic4
-------------

  • Letak air asam jawa sikit.  Tunggu smpai mendidih. 
 


pic5
--------

  • Masukkan udang, sotong, lala dan ayam tadi. Ikan bilis  dan udang kering dikisar sekali dan dimasukkan ke dalam tomyam. Gaul sebati dan biarkan seketika



pic6
--------

  • Letak air utk kuah tomyam. Ikut suka brp banyak nak .. :-). Boleh masukkan sos ikan aka nampla masa ni jugak.
 


pic7
--------

  • Masukkan daun limau. Masak sampai mendidih. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.


pic8
--------

  • Masukkan bunga kobis. Masukkan perahan jus limau dari bbrp biji limau. Masak sebentar sehingga kobis bunga masak ... boleh masukkan pepe sayuran yg digemari masa ni. Masukkan juga buah tomato yg dibelah 4-6 tadi.


pic9
-------

  • Masukkan carrot.. tunggu sehingga mendidih .... Taburkan daun ketumbar aka cilantro (ke daun sup tu ya, konpius mokcik) tuk hiasan or buah limau sbg penambah perasa. Done !!  Serve !!

  • Note : Ada yang suka letak santan, jadilah tomyam bersantan ...uols leh try ...rasanya sedap jek kot tp berkalori la ...anggaran santannya 4 mangkuk or 1/2 biji kelapa gitu ....Masukkan santan and tggu sehingga mdidih gitu ...



  • Tips2 Mhasilkan TomYam yang ada Umpphhh !!!
    -------------------------------------------------------------------------
  • Tumiskan bawang putih n bawang besar dengan sedikit minyak-jangan banyak sangat minyak    tau..bawang banyak takpe..lepas tu  masukkan bahan yang dikisar (bawang kecik+serai+tomato)
  • Agak-agak dah garing sikit n bawang besar layu sikit masukkan sos tomato + sos tiram+pes tomyam (ini la rahsia untuk pekatkan tomyam anda).  Then,bolehla tambahkan air.
  • Lepas tu bolehla masukkan ayam dan bahan-bahan lain (lauk n sayur). Kalau nak letak udang n sotong, sebaiknya rebus asing udang dan sotong tersebut sebab air udang dan sotong akan menenggelamkan rasa tomyam kita nanti. Masukkan udang dan sotong last sekali sebelum dihidang.
  • Semasa mereneh,bolehla di masukkan serai yang dititik, daun limau kasturi, cili api secukupnya dan diperasakan mengikut kesesuaian selera anda.. tambahkan perahan limau nipis dan limau kasturi untuk 'balance'kn rasa masam ea..oh ya,sebelum terlupa..sebolehnya,daun limau kasturi td dibuangkan urat daunnya dulu yea..ini untuk mengelakkan tomyam kita rasa pahit..
  • Akhir sekali,untuk menjadikan tomyam kita nampak lebih menarik..masukkan sedikit susu cair atau santan untuk menampakkan kuah tomyam kita keruh sedikit dan lebih 'kaw'.







 •*¨*•.¸¸❥ End of HomeMade TomYam SeaFood Campur •*¨*•.¸¸❥



Post a Comment