Tuesday, June 07, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Poket Gardenia BerInti Ala Karipap @ Karipap Gardenia BerInti •*¨*•.¸¸❥

Bolan posa ni sure bonda2 luar sana fenin nak masak apa. Saya sertakan idea tuk juadah berbuka posa hari ni ... Semoga famili member uols suka nanti InsyaAllah .. Nak buat karipap bagai takes time kan ???  .. Here goes the simple way ... Nak simple mimple  lagi guna jek tuna or sardin in the can ...  sempoi abiss gitu ...

Perkongsian Drpd: Qhaiyra Nafeesa



  • Mula2 tekap roti gardenia dgn cwn, goreng dan belah dua.. Note : Hny roti gardenia je leh trus goreng gni tnp guna serbuk roti dgn tekstur cmtu.... Pglaman sy, roti lain kalau wt mcm gni terlalu serap minyak..






Bahan2 Tuk INTI pula :
---------------------------

  • Dada ayam ptg dadu
  • 1 bj bwg holand ptg dadu
  • 5 bj bwg pth cincang
  • garam secukup rasa
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • Sedikit sos lada hitam

Cara2 MembuatNya :)
--------------------------

  • Tumis bwg2 smpai naik bau, masukkn dada ayam dgn garam dan serbuk lada sulah.. masak smpai agak kering airnya..

  • Bila da kering leh gaul dgn sos lada hitam dan tabur cheddar cheese parut ...



AKHIR SEKALI:
  • Ltk inti dalam poket tadi, ltk sos ngn mayonis.. leh ltk salad atau timun kalau suka.


  • Idea2 lain ialah buat bentuk pic di bawah - bentuk roll, triangle or square .. Selepas itu tekan dengan garfu, nk bg sealed supaya inti x keluar ms menggoreng nnt ...  :-

 
  • Ni idea untuk buat bentuk karipap la plaks ... Just bubuh inti ditengah2 roti dan ambil karipap cutter and just press ...so , dah jadi curry puff !




Ais Krim Goreng Gardenia aka Pau Goreng Gardenia


Dah alang2 buat roti gardenia tu boleh la sy sertakan sekali ais krim goreng ya, ada orang panggil pau goreng juga :-

Bahan2 ialah :
------------------
  • Roti putih potong Gardenia - any brand pun sokay jugak
  • Ais Krim perasa anything - chocolate, neopolitan or choc swirl dsbgnya..
  • Gelas or mould peberet - untuk ditekap pada roti

Cara2 MembuatNya :
---------------------------




  • Step 1 - Doublekan roti tersebut. .ambil cawan . Dan tekapkan pada roti. .pastikan didalam roti tersebut terisi aiskrim ditengah2nya ya ....



  • Step 2 - Step seterusnya..roti yang telah ditekap  perlu dibalut dengan plastik agar tidak melekat antara satu sama lain . .roti yang dah siap dibalut perlu diletakkan dalam peti ais selama beberapa jam.. Ini adalah untuk mengekalkan kebekuan aiskrim yang ada di dalamnya ..sebab takut nanti bila terus goreng aiskrim dh cair..



  • Step 3 - Dah simpan beberapa jam dalam peti ais..panaskan minyak ..so it's time to menggoreng pau/roti aiskrim tersebut dengan api yang garang plus ganazz .. make sure minyak betul-betul panas takut nanti roti tersebut menyerap minyak ..


•*¨*•.¸¸❥ End of Poket Gardenia BerInti Ala Karipap •*¨*•.¸¸❥


Post a Comment