Monday, June 20, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Lauk Pauk - Ayam Masak Paprik Ala Thai •*¨*•.¸¸❥


 ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥ No intro this time >_<  .. Wordless Tuesday :D ngeee ...╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥

 

Bahan2 Sempoi  :-
----------------------

  •     2 keping dada ayam - hiris nipis
  •     8 biji cili padi - diketuk, nk pedas bykkan
  •     2 sudu makan cili kering kisar
  •     2 helai daun limau purut
  •     2 ulas bawang merah - dihiris
  •     2 ulas bawang putih dihiris
  •     1 biji cili merah - dihiris serong
  •     2 sudu makan sos cili
  •     2 sudu makan sos tomato
  •     2 sudu makan sos tiram
  •     2 sudu makan kicap lemak manis 
  •     1/2 inci halia - hiris halus
  •     1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  •     1/2 cawan air
  •     sedikit garam
  •     ** bahan2 sampingan yg uols suka

Bahan2 Sayuran :-
---------------------

  •     2 biji putik jagung - dihiris
  •     2 tangkai kacang panjang - dihiris pendek
  •     1 cawan bunga kobis - dipotong kecil
  •     1/2 biji karot - dihiris memanjang

Bahan2 Sampingan/Pilihan :-
--------------------------------


  • Udang kecil or besar
  • Sotong - potong bunga or suka
  • Capsicum merah/kuning/hijau
  • Tomato


Cara Membuat Ayam Masak Paprik :-
-------------------------------------------



  • #1: Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan. Saya straight goreng ayam after bawang merah + halia + bawang putih ditunis sehingga naik bau ...boleh guna either way ...
  • #2: Selepas itu masukkan ayam yang telah dipotong kecil2 dan nipis2, boleh goreng ikut tahap 'kegaringan' yg uols suka, separa masak or el-dente (ingat ni pasta ke hah ?? ) ... Kemudian masukan 2 sudu makan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak ....
 
  • Saya masukkan awal2 serbuk serai ni nak bg wangi (sy guna serbuk serai, just nk testing product baru ...cam mekap gak nak test2 gitu, nk tahu yg besh or not) .. Masukkan serai biasa pun boleh ...sokay jek ! sweeettttt ...


  • #3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato kemudian kacau rata. kalau uols asingkan ayam sila masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata,..... terpulang nk letak kicap apa ...yg penting yummy yummy goes to uols tummy :-) .. pic seperti atas dan bawah juga ya ...

  • #4: masukan sedikit air, dan daun limau purut (again guna serbuk daun limau purut). masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
  • #5: Note : boleh tambahkan air jika pekat kuahnya ...and some mmg suka berkuah ..  Boleh tutup sebentar lauk nk bg empuk ayamnya dan 'kemesraan' terjalin antara kicap-micap (ni mmg pcemaran bahasa tol, excuse DBP) kesemuanya .... huiyaaa !!
  • #6 : kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar 3 !!. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk (sowi ya x snap gambo plaks ...guna pic sayur yg ada jek) ..but u got the ideas rite ?? kannnn .....Boleh tutup again masa ni nk bg empuk sayur-mayur tu ahaks ...
  • #7: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas ... Hmm dapnya !! 
  • Akhir sekali (brp byk kali akhir daaaa) ..selamat mencuba ye uols ..insyaAllah kita sama2 pndi masak tuk famili kita ... cayo ! cayo !! InsyaAllah ...niat pun baik kaaannnnn ?






Post a Comment