Monday, February 29, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Risoles Cheeze Leleh aka Kuih Ketayap BerLauk •*¨*•.¸¸❥



Rissole adalah makanan snek di Indonesia, (which is originated from Dutch/Belanda) di mana mereka dipanggil risoles (disebut ' Riss -ol -less '). Kulit diperbuat daripada adunan dengan cara yang sama seperti pancake (tp nipis) dan juga popia look-like. Mereka biasanya dipenuhi dengan cheese, ayam, dan sayur-sayuran yg dipotong dadu termasuk lobak merah, saderi , kacang panjang, kentang dll - Mr. Wiki



:: Bahan2 Untuk INTInya ::
-----------------------------
  • - 500 gm daging / ayam cincang
  • - 3 biji kentang (dipotong dadu)
  • - 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • - 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • - Daun sup / daun bawang (diris halus)
  • - 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • - 10 biji cili padi (optional)
  • - 3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • - garam secukup rasa
  • - sedikit air rebusan ayam / air biasa
  • - minyak untuk menumis
  • - 2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

* sebenarnya boleh letak inti apa pun. ikut selera masing2 ye






:: Cara2 MembuatNya ::----------------------------
NOTE : Cara membuat seakan2 sama dengan membuat inti karipap ye uols :-) 
  • 1. Untuk cepatkan proses masak inti, rebus lobak merah dan kentang hingga empuk dan toskan air. Daging cincang pula digoreng dengan sedikit minyak. ketepikan.
  • 2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. jangan garing sangat.
  • 3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging cincang. Tambah air rebusan ayam untuk elakkan inti dari kering.
  • 4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Gaul sebati. Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi.
  • 5. Reneh dalam 15 minit dengan api perlahan untuk semua rasa sebati.
  • 6. Masukkan air tepung jagung, kacau rata
  • 8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata. Angkat. Biarkan sejuk
    Sementra kita tunggu inti kita sejuk, kita sedikan kulitnya pula



Resepi Kulit Risoles::
Bahan2nya ::
-----------------------
    - 2 cawan tepung gandum
    - 2 cawan santan / fresh milk
    - 1 biji telur
    - 1 1/2 cawan air
    - 1 sk garam

:: Cara2 MembuatNya ::
----------------------------
  • 1. Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis.
  • 2. Oles minyak atas non stick pan, lenggang rata satu senduk adunan.
  • 3. Bila permukaan adunan dah masak boleh terus angkat. Tak perlu terbalikkan masak both side.
  • 4. Buat sampai adunan habis. Untuk 500gm daging, kite perlu gandakan bahan untuk kulit resole ni.

Tips2 Berguna : :
-----------------------

  • ?? masukkan bahan berair dulu dalam blender sebelum tepung untuk elakkan tepung melekat pada blade blender.
  • ?? Pastikan pan betul-betul panas untuk elakkan adunan melekat.


How to Assemble : 



Tips2 Berguna : :
-----------------------
  • Step 1 - Sapukan sedikit mayonaise. 2. Masukkan inti 3. lipas seperti lipat kuih ketayap. 4. Gulungkan 5. Celupkan dalam telur. 6. Celup dalam bread crumbs ang goreng ....taraaa ...siap 
  • Bagi yang xnak menggoreng, steps smpi 4 aje la ... suka hati ...ada org xnak goreng discckan kalori tinggi ...hehehe... suka ati uols ...






~~@ End of HomeMade Rissoles Cheese Leleh @~~


Post a Comment