Monday, January 25, 2016

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade Rendang Ayam Kampung BondaKu (My Mum Rustic Chicken Rendang) •*¨*•.¸¸❥

  N3 ni pasal ayam rendang kampung yang saya dah makan ahad lepas, wow mmg terbaek la dari bondaku .... org lama ni dia ada sentuhan 'classic' yang susah nak explain kat mana 'umphh' dan 'hmm dapnya' .. penuh ngan TLC... heheh .. pepe enjoiii ...mn tau leh leh learn 'sumting' from my blog ...insyaAllah ...Allahu khairan ... >_< 


Bahan2Nya :-)
-----------------
  • 1 ekor ayam kampung - ayam biasa or ayam tua aka pencen pun boleh digunakan ya
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging (baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit, mayang halus
  • 3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
  • 1.2 liter santan
  • Air panas secukupnya
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan2 Kisar Halus :-)
-------------------------
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 6 batang serai, hiris halus
Bahan2 Tumis :-)
--------------------
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara2 MembuatNya :-)
--------------------------
  • Ayam dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes, tambah air jika perlu. Ketepikan.
 
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan), masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Step2 ditunjukkan seperti pic di bawah ya :-


  • Masuk pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu supaya tidak hangit dan masaknya sekata.



  • Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Masukkan kerisik, tuang santan, kacau dan masak hingga ayam empuk (jika rendang mula kering tapi ayam belum empuk, tuang sedikit air panas dan terus memasak). Masukkan daun limau purut, kerisik, gula melaka (jika suka) dan asam gelugor. Kacau rata.


  • Masak dengan api kecil hingga rendang kering, kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Masukkan daun kunyit, serai, daun limau, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.








:: Cara2 Membersihkan Ayam Kampung aka Menghilangkan Bau Hamis Ayam ::

Cara ini boleh juga di'apply' utk ayam 'moden' ya >_< ...pissss

  1. Cuci bersih daging ayam, kemudian usap dengan 1/2 sdt cuka (cairkankan cukanya). Lalu bilas kembali dengan air. Biasanya bau amis sudah hilang dengan cara ini.
  2. Taburi potongan ayam dengan tepung terigu/ubi. Pastikan semua bahagian tertutup rata, lalu diamkan sekitar 20 mins. Kemudian bilas sampai bersih dan keringkan dengan kitchen paper towel. - ini tips bonda saya juga >_<

  • Cuci bersih ayam, kemudian taburi dengan garam dan air jus limau kasturi/lemon/limau sambal pun ok je. Ini merupakan cara yang paling popular dan ter'glamer'.



  • Lap daging ayam dengan kitchen paper towel dan keringkan. Lakukan proses ini jika anda membersihkan ayam kampung kerana ayam kampung memiliki bau hanyir / hamis yang lebih kuat daripada ayam ternak/moden.
  • Boleh layurkan ayam kampung di atas api untuk mengurangkan bau juga - ini juga cara bonda saya :-) ...


:: Tips BondaKu ::
--------------------

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak sedap.... uols leh try la ye !
  • My mum 'layur/panggang' dulu ayam ni atas api nk bg apa ntah ler heheheh ...bg sedap la kot heheheh
  • Ayam kampung xde or kureng lemak but a bit liat ye uols, so masak kuah tu sedikit lama dari biasa la ye ...bg betul2 empuk ... make use of air putih sewenang-wenangnya ....

 

~* Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat *~






Post a Comment