Monday, January 18, 2016

*¨*•.¸¸❥ Elemen-Elemen Penting Di Dalam Membuat Kabinet Dapur / Kitchen Kabinet *¨*•.¸¸❥

Dah lama miss rose x buat N3 pasal decor-mendecor ni ...so guys, here we goes, tips tuk kitchen cabinet this time plaks ... ...So bagi sesiapa yg tengah plan buat kitchen this is a tips, dah buat pun leh baca ....Salam Sayang ya dr miss rose


Apabila mahu membina atau mengubahsuai ruang dapur, ada 3 ruang utama yang anda perlu berikan perhatian terlebih dulu.




 

  • 1.  Ruang memasak
    ------------------------
Ruang memasak bermaksud dapur. Dapur jenis letak (hob) dengan 2 atau tiga tungku yang popular digunakan bagi kegunaan rumahtangga pada hari ini mempunyai saiz yang standard, iaitu lebih kurang 2.5 kaki lebar. Jika anda melengkapkan ruang memasak anda dengan penyedut atau hood, maka saiznya terpulang kepada jenis hood yang anda beli. Bagi slim hood ada yang bersaiz 2.5 kaki lebar tetapi bagi unit bercerobong atau chimney saiz yang normal adalah 3 kaki lebar.




Selain dari saiz dapur – hob/hood – itu sendiri, anda perlu peruntukan sedikit ruang di kedua-dua sisinya bagi pelbagai aspek praktikal.  Jarak yang diperlukan sekurang-kurangnya dalam 1 – 2 kaki bagi setiap sisi. Maka, untuk ruang memasak, anda perlu peruntukkan dalam 5 – 7 kaki lebar.







  • 2.  Ruang membasuh
    -------------------------
Ruang membasuh bermaksud sinki. Pastikan anda memilih sinki yang sesuai dengan saiz dapur anda. Selain dari saiz sinki itu sendiri, seperti ruang memasak, ia juga perlu ruang tambahan di kedua-dua sisinya. Paling minima, tambah 1 kaki ruang tambahan di kedua-dua belah sisi sinki. Oleh itu, jika sinki yang anda pilih bersaiz 3 kaki lebar, maka pada keseluruhannya anda memerlukan ruang membasuh sekurang-kurangnya 5 kaki lebar.




  • 3.  Ruang perkakasan elektrik
    --------------------------------------

Anda perlu menyediakan ruang untuk pelbagai perkakasan elektrik bagi kegunaan dapur. Ia adalah seperti periuk nasi, cerek air, pembakar roti, blender, penapis air  dan sebagainya. Kebanyakan perkakasan ini perlu diberi ruang yang kekal. Oleh itu, bayangkan perkakasan apa yang anda perlukan dan tentukan ruang yang diperlukan oleh semua perkakasan berkenaan. Pada dasarnya anda wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 2-3 kaki lebar bagi perkakasan elektrik – lebih luas lebih baik.



Selepas  menetapkan peruntukan bagi 3 ruang di atas, maka barulah anda boleh bayangkan susunatur dapur anda secara keseluruhannya. Perhatikan, ketiga-tiga ruang yang saya sebut di atas merupakan ruang “table top”.  Walaupun peti sejuk misalnya, memerlukan peruntukan ruang yang khusus, tetapi ia tidak tidak memerlukan table top. Oleh itu anda pasti dapat mencari ruang yang sesuai untuknya.

 

Sebagai tambahan, ini satu lagi nasihat relevan. Pastikan bagi setiap kawasan yang telah anda peruntukan kegunaannya, lengkapkan ia dengan pendawaian elektrik atau plug kuasa yang diperlukan dan secukupnya. Dengan kata lain, pastikan anda sediakan pendawaian atau plug kuasa untuk hood, stesen perkakasan elektrik, peti sejuk, oven dan sebagainya. Jangan tunggu selepas semua kerja pengubahsuaian ruang anda siap baru anda terfikir tentang semua perkara ini.








Artikel Oleh Nazli Kimin

Post a Comment