Sunday, January 17, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Daging Dendeng BerLada Minang •*¨*•.¸¸❥



N3 ni pasal Dendeng BerLada Minang, menurut Mr. Wiki Dendeng refers to thinly sliced dried meat in Indonesian cuisine. It is preserved through a mixture of sugar and spices and dried through the frying process. It is similar to jerky. Dendeng was originally founded by the Minangkabau people - --  Wikipedia

Saya buat 2 version BerLada dan tidak.. sbb kids nk makan so xleh pedas2 ...So here we goes n Selamat Mencuba ....


Daging Dendeng Berlada Minang Style

:: Bahan2 Utama ::
-------------------------
  • 1 kg daging batang pinang - dihiris nipis
  • 4 biji buah keras
  • 4 helai daun limau purut - dihiris nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan perasa secukupnya
  • Serai - optional
  • Cili Merah Segar - ditumbuk chunky2 sikit ...
  • Cili Padi ditumbuk chunky2 sikit ...

:: Bahan2 Yang Dikisar ::
----------------------------

  • 30 biji cili merah
  • 6 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2 batang serai

:: Cara2 MenyediakanNya ::
---------------------------------
  • STEP 1 - Sediakan dagingnya dulu. Masukkan daging bersama air ke dalam periuk dan rebuskan hingga daging empuk. Setelah empuk,angkat dan toskan. Korang leh baca & apply tips2 hebat tuk cepatkan empukkan daging ya ...>_< ..one of them is bicarbonat soda ...
  • Selepas direbus, daging tu diperap dengan kicap sebentar ... 
  • STEP 2 - Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap kicap tadi. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Selepas itu, daging boleh diketuk2 nak bg nipis, boleh gunakan lesung batu or anything ... Pic seperti di bawah ya ...










  • STEP 3 - Goreng bawang yang telah dihiris2 kecil ke dalam minyak sehingga garing .. pic seperti di bawah ya ... Angkat dan toskan lebihan minyaknya .... Ketepikan ...

  • STEP 5 - Sementara itu boleh tumbukkan cili merah segar + cili padi .. jangan sampai halus sangat, nak bg cili merah tu mcm besar (chuncky) sikit ...
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali beserta buah keras dan tumiskan hingga naik bau dan garing.



  • STEP 6 - Kemudian,masukkan daging yang telah digoreng tadi dan masak hingga daging empuk dan kering. 













  • STEP 7 - Masukkan bahan perasa serta taburkan hirisan daun limau purut. Boleh diletakkan bumbu iaitu bawang merah kecil @ besar yang telah digoreng ke atasnya ...Boleh masukkan cili merah yg ditumbuk kasar dan tomato segar ...yum ... Lagi terangkat u !!
  • Siap untuk dihidang ...Yum !.. Yum !! ...DapNya !!! ...






Post a Comment