Monday, December 28, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Lauk Pauk - Pajeri/Paceri Nenas Ezy Pezy •*¨*•.¸¸❥

N3 kali ni sy x pasti la versi utara ke, tengah or selatan yg pasti pajeri or paceri 4 some goer says. I dun really like it sbb pajeri ni manis but sometimes tu layan jugak la heheh. Belasah je la .. Kekadang mcm terliur jugak tgk display kat kedai tu. Balik rumah n try it out ...So, enjoiii ....

Bahan2 Utama :-
-------------------

  • 1/2 biji nanas manis  - morris or josephine pun boleh - dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat
  • 2 sudu besar kerisik - buat sendiri lg yummy
  • 1 cawan pati santan - dicampur dengan 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula perang - sy x put ye
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji cili hijau - dibelah memanjang tetapi jangan putus

Bahan-bahan dikisar :  (dijadikan pes)
------------------------------------------
  • 4 sudu besar rempah daging
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Air secukupnya

Bahan2 Tumis ::
-------------------

  • 3 biji bawang kecil - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar udang kering - direndam sehingga sedikit kembang dibersihkan dan ditoskan.
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara2 MembuatNya :-
-------------------------

  • 1.  Bersihkan/kupas nenas - buang the 'mata' dan empulur/teras tgh2 tu dan potong ikut suka uols. Cara2 potong seperti pic di bawah :-








  • 1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan kekuningan.


  • 2.  Masukkan pes dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga rempah garing dan terbit minyak.
  • 3.  Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.  Sesuaikan rasa, masukkan garam, gula perang gula putih, dan serbuk perasa.  Kacau dan biarkan kuah mendidih.
  • 4.  Setelah kuah mendidih masukkan nanas dan kerisik.  Masak sehingga nanas layu dan kuah pajeri agak pekat.  Kemudian masukkan cili hijau.  Kacau dan tutup api. Boleh dihidangkan.



•*¨*•.¸¸❥ End of Pajeri/Paceri Nenas Ezy Pezy •*¨*•.¸¸❥





Post a Comment