Monday, December 07, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Cream Puffs and ÉClairs •*¨*•.¸¸❥¸


N3 kali ni sy dah combine beberapa resepi cream puffs yang saya dah kumpul dan baca ..so ada yg come from HomeMaker as well as Business Woman. So method terbaik saya dah combine and put it here .. InsyaAllah kalau betul stepsnya menjadi la cream puffs nya yang terbaek di alaf ini dan gebuzz ...salute !! ... Amin Ya Rabbal A'lamin  ... ... Resepi ini dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...                                   /Rujukan dari Tahrunnisah Jali (fb)





Bahan-bahan puff ( menghasilkan 35 biji )
-------------------------------------------------------------

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling (dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)
--------------------------------------------------------------------------------------------

  • 2 sudu besar tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung jagung*
  • 8 sudu besar gula*
  • 2 cup susu segar (240ml X2)
  • 2 biji telur (L size)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • secubit pewarna kuning

Cara-cara utk filling
----------------------------
  • 1. --- Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  • 2. --- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  • 3. --- Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
  • 4. --- Sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag ..

Cara-cara untuk puff
-------------------------------

  • 1. --- Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Didih ganas ya .. api tu kasi besaqkan no ! ... Bila dh didih ganas td... Masukkan tepung,terus kecikkan api ... kacau hingga adunan tak melekat pada periuk dan sebati semuanya
  • --- Sebaik2nya kacau menggunakan senduk kayu ... 
  • --- Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.



  • 2. --- Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan aka Hand Mixer. Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok pic) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung .. mix sebati kesemuanya.


  • 3. --- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang seperti pic di bawah. Nozzlekan ke atas baking tray yg di alas parchment paper terdahulu :-


  • --- Nampak muncung2 puff tu kan, celup jari dalam air dan tekan sikit spy tenggelam hujung tanduk itu..supaya hasilnya nanti pun cantik.
  • 4.--- Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Oven hendaklah dipanaskan dulu. Bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah tuk 15 minit pertama sehingga ingga permukaan puff kecoklatan.
  • --- Bila doh dh naik gemok bulat comel..turunkn suhu kpd 180'c...dan teruskn pembakaran smpai warna bertukar coklat kperangan.
  • --- Kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
  • 5. --- Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
  • Jika dikeluarkan sebelum cukup masak,puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye.. kalau tak mmg puff turun melepek...

  • 6. --- Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling ke dalamnya :) .. The more filling the merrier hehehe :))




  • 7. --- Untuk É-Clairs pula, bentukkan seperti oblong, masukkan filling di tengah2nya seperti di bawah :-



  • 8. --- Selepas itu masakkan Cooking Chocolate dengan cara Double-Boiled Method dan celupkan ÉClairs tadi seperti di bawah :-
  • 9.--- Boleh hiaskan mengikuts peberet cara uols may be leh letakkan whipping cream n cherries ...mengancam jadinya ÉClairs anda :D  :-


An éclair is an oblong pastry made with choux dough filled with a cream and topped with icing. The dough, which is the same as that used for profiterole, is typically piped into an oblong shape with a pastry bag and baked until it is crisp and hollow inside... ---- Wikipedia

see y'all >_<

--@*@--
Post a Comment