Sunday, December 13, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Cara2 Membuat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup dan Sedap •*¨*•.¸¸❥

Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!... Tapi saya buat ni menggunakan baking powder, it's like combo recipe 1 and recipe 2 ....recipe 3 (menggunakan kelapa parut) nnt sy ce terai kendian >_< sbb sy ni mmg x suka apa2 yg berkelapa such as kuih kasui, puteri ayu, lopez, apam dll yg kene ada cecah kelapa ....mcm kecacingan je aku rs huhu ... agaknya bondaku dah bg cerita fobia mkn kelapa nnt cacing katanya huwaaaa ....dah fobia  >_<





  • Maaf ye tutorial X lengkap sbb pd asalnya saya ingat xnak buat this N3 sbb apa la sgt buat bancuhan goreng pisang kan?? hehehe kerek campuq riak tu ... mcm ezy pezy je miss rose rasa ...x sangka plaks topic yg terhangat di pasaran tuk diperkatakan hehehe ...
  • So, pictorialnya ngan apa yg sempat di'snap' je la ye ....itu je la yg seadanya....sowi ya ampun !! .. dan selamat mempraktikkan ya !!. ...C uols again .......insyaAllah  :-)
  •  





    Resepi 1 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------

    • Pisang (apa-apa jenis pisang)
    • 2 cawan gandum
    • 1/2 sudu teh garam
    • 2 sudu gula
    • 4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
    • Air secukupnya
    • Minyak untuk menggoreng



    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
     
    • 1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
    • 2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
    • 3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
    • 4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
    • 5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
    • 6) Angkat dan sedia untuk dihidang.



    Resepi 2 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------
    • 2 cawan tepung beras
    • 1 cawan tepung gandum
    • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
    • 1/2 sudu besar baking powder
    • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
    • 1 Biji Telur & Air secukupnya
    • 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
    • Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
    • 1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
    • 2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
    • Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.
    • 3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.


    Resepi 3 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------
    • Pisang secukupnya
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan air sejuk
    • sedikit garam
    • 1 sudu makan gula
    • sedikit serbuk kunyit(optional)
    • sedikit baking powder(optional)
    • 4 sudu besar kelapa parut (optional)

    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
    • 1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
    • 2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
    • 3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
    • 4) Panakan minyak untuk menggoreng.
    • 5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.
    • *Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.




    Nota Kaki Tangan :-)
    --------------------------


    • Menggoreng pisang, keledek, sukun, cempedak dll jenis makanan yang kita suka goreng sangat kita harapkan hasilnya rangup dan sedap dimakan.
    • Cara   1. - Gunakan tepong beras dan dibancuh adunan/better menggunakan air yang dicampur sesudu air kapur makan.
    • Cara   2. - Gunakan tepong gandum dicampur sedikit air gaulkan kemudian ditambah dengan sedikit minyak masak yang panas. Gaul semula.
    • Cara 3. - Gunakan campuran tepong gandum dan tepong beras dicampur sebutir telor dan sesudu cuka.
    • Cara  4. - Gunakan tepung gandum yang dicampur soda bicabornat (ke baking powder, konpius haku ler ! .. rs 2-2 boleh guna base on texting kat bawan BP vs SB) ....sebelum membancuhnya dengan air...
    • So untuk mengatasi misteri nusantara haku ni ...kat bawah ni ada perbezaan Baking Powder and Baking Soda yang aku gugel ya ....






    Perasan tak dekat resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat.???? Kalau tak perasan tu maknanya tak pernah buat kek lah..heheh....Once upon a time aku pun mmg ter'konpius' la 2 menatang yg ujud ni ...so jom baca tambah ilmu di hati ...hati tau ! bg ingat ...


    • Baking Powder (Serbuk Penaik)
      ------------------------------------
    • Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid (biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat).
    • Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
    •  Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder).  
    • Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.



    • Soda Bikarbonate
      ---------------------

    • Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
    • Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. 
    • Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih 
    Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

    Hohoo...maknanya kalau nak buat kek gula hangus kena letak soda bikarbonat la yek.. Eh aku still konpius ler ...huwaaa >_< ..hampeh ! ...Kesimpulannya uols ingat ni je :-




    Patutlaaaa kek aku boleh buat main baling2 giteww...hahahaa.

    Nota tambahan :-
    ------------------------------

    • Perbezaan di antara baking powder dan baking soda sebenarnya tak ada perbezaan banyak (pulak dah, patut la aku still konpius lg). cuma kedua-duanya bertindak balas dengan menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan doh atau adunan kembang naik. 
    • Cuma baking soda ialah sodium bicarbonate tulin tetapi baking powder adalah campuran baking soda dan cream of tartar yang asid dan bahan kekeringan seperti tepung jagung atau beras. Maka perlu faham ialah baking powder cuma perlukan air atau kelembaban udara untuk bertindak balas. 
    • Dengan sebab inilah bila anda gunakan baking powder cepat tutup tudung dan simpan. Kalau tak pakai )stok lama) perlu di uji dulu sebelum menggunakan. Ujian seperti ini: Ambil satu sudu kecil baking powder dan masukkan dalam 1/3 cawan air panas
    • Campuran perlu keluarkan bueh yang seperti mendidih sikit..kalau buehnya sedikit saja baking powder anda telah rosak. Jangan gunakan nanti hasilnya leper saja..jgn mengadu resepi orang bagi salah..salah ialah baking powder anda gunakan dalam bahan kek itu dah rosak.
    • Anda tahu kegunaan baking powder adalah tindakan kimia yang segera, maka anda tidak boleh peram bagi baking powder anda telah bebaskan gas kesemuanya sia-sia dalam buat doh, 
    • Tip keempat: Bila gunakan baking powder cepat goreng cucur anda. Baking powder ini ada dua jenis satu single action dna satu lagi double action. Double action ini bila kenakan kepanasan seperti baking atau goreng akan bertindak balas lagi untuk keluarkan gas.
     Ok now dah faham ...insyaAllah dah tau mn 1 nk guna to which and which cake/biscuits/bread or patries ...buttttt melalut sikit plaks ke YIS ... here goes the explanation spesel 4 uols :-

    Pengenalan kepada Yis :-
    ------------------------------

    • Yis adalah kulat..kulat adalah tumbuhan yang hidup. Ingat ini. Sebenarnya menggunakan yis dalam tepung untuk masakan kita sebenarnya hidupkan yis atau di gelar proses fermentasi (ni bkn pendidikan science F3 ke ...or bio F5 ?)  .... 
    • Yis sebenarnya akan gunakan karbohidrat (gula) dalam tepung dan membebaskan gas karbon dioksida. Karbon dioksida yang dibebaskan yis akan meninggalkan ruang udara dalam doh atau tepung. 
    • Ruang ini yang menjadikan tekstur kueh atau roti kita ringan. Bila yis gunakan gula dalam tepung, gula akan bertukar menjadi alkohol
    • Alkohol inilah memberikan kesedapan kueh atau roti kita. Tapi jangan fikir sangat pasal alkohol ini, kerana bila kenakan haba panas dalam oven atau goreng alkohol ini akan sejat dan hilang dalam makanan itu.
    • Yis memerlukan gula atau kanji untuk hidup dan akan biak cepat .. maka dengan sebab inilah bila guna yis disarankan ambil sebuah bekas masukkan yis + gula dan sedikit air suam dan bancuh
    • Bila selepas 10 minit anda akan perolehi cecair air berbuih, maka cecair ini lah perlu masukkan dalam tepung dan di bancuh dan peram. Ini seperti kita beri booster pada yis supaya doh kita cepat kembang elok. 
    • Yis ini satu tumbuhan hidup maka ia perlukan keadaan sekeliling yang lembab dan suhu yang terbaik ia itu suhu di antara 42C – 46C. jadi anda dah tahu kenapa bancuhan itu kita gunakan air suam. 
    • Suhu yang terbaik gunakan yis untuk buah doh atau bancuhan dalam suhu sekeliling 26C – 35C darjah
    • Maknanya waktu pagi sejuk tidak sesuai. Yis tidak akan membiak dengan baik. kalau air panas suhunya tinggi dari 60C darjah Yis akan mati. 
    • Ok faham yea, kalau kita gunakan yis sebagai pembangkit kueh tidak boleh gunakan air didih untuk bancuhan tepung bertujuan melembutkan kueh cucur anda.
     
     


    •*¨*•.¸¸❥ End of Cara2 Membuat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup dan Sedap  •*¨*•.¸¸❥



     
    Post a Comment