Saturday, December 19, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Ayam Sambal Bali Dan Cara2 Mendapatkan Ayam Goreng Paling Rangup Di Pasaran Heheh •*¨*•.¸¸❥




Sumber : Aisha Shukor (FB)
.: Step 1 ::.
-----------------

  • Ni seekor ayam yg dh dibersihkan n selawat,tos..kunyit garamkan xperlu byk sgt..cukup satu camca kecil garam n kunyit ...( boleh juga add perasa kegemaran uols kat sini like perasa sup, kari, buttermilk dsbgnya .... ur chicken ur taste hehehe )..




.: Step 2 ::.
-----------------

  • Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nti nk guna utk tumis..... goreng ayam xperlu garing..nk juicy2 gitu.... angkat

.: Step 3 ::.
-----------------

  • Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer,sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jgn tanya kenapa byk tu ok..ikut je..jgn degil..hihi..jgn risau..In Sha Allah jadi..sukatan utk seekor ayam..
  • 1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar yg merah ya 6biji (byk bwg br sedap),bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari
  • 2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg)
  • 3)Daun kari 6tangkai-cuci n tos
  • 4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
  • 5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance) - sy skip this part, sbg keturunan hang tuah sejati n ori ...sy xleh linients abt gula in masakan ya ...sekian wassalam heheheh
  • 6)garam dua camca kecil



.: Step 4 ::.
-----------------

  • Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat



.: Step 5 ::.
-----------------

  • Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana ya



.: Step 6 ::.
-----------------

  • dah dpt warna cantik camtu,baru masuk semua yg dh blend td..tumis smp naik bau n garing




.: Step 7 ::.
-----------------

  • Masuk gula (x suka skip this) ,garam n renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon..



.: Step 8 ::.
-----------------

  • Masukkan ayam n masak lagi 10minit .. Tara ...da siap :D ...Boleh sapedek>_<






•*¨*•.¸¸❥ End of Ayam Sambal Bali •*¨*•.¸¸❥


Sy sertakan juga cara2 mendapatkan ayam goreng yang rangup dan terbaek di sini ...semoga pengetahuan sy n uols bertambah2 ya ...insyaAllah ..ilmu yg baik tu elok la dipanjang2kan ... Jazakallah Khuraian ...(may the goods always be with you :-)

.:  CARA MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG :.
------------------------------------------------------------

Walau pun goreng ayam ini mudah tetapi nak dapatkan hasil yang baik banyak muslihatnya. Ayam yang di goreng perlu garing rangup diluar tapi di dalamya isi perlu lembut dan berjus..bila koyak isi ayam, jus ayam akan menitik..ini lah dikatakan gorengan yang terbaik. Mahir dalam gorengan ayam bukan saja perlukan teknik tetapi perlu memahami ilmu sains dibelakangnya.

Apabila bahan gorengan dimasukkan dalam minyak yang panas (350 – 370 darjah F), permukaan luar bahan gorengan mula dehyderasi (kering) dan dengan reaksi berantai “Maillard” kandungan gula (karbohiderat) dan protein mula pecah untuk membentuk rasa rasa yang kompleks dan warna mula bertukar kepada warna perang keemasan.

Bahagian luaran gorengan bertukar menjadi perang (hitam) amat cepat kerana minyak mula bertindak pantas dengan membentuk kerak (crust) di permukaan luar bahan goreng untuk mengalirkan haba untk isi didalamnya untuk masak. Haba yang dihasilkan ini akan menyebabkan kanji (starch) kepada gelatin, dan protein akan berubah dari bentuk asal semulajadi.

Menstabilkan suhu minyak adalah kunci utama dalam goreng. Sekiranya suhu minyak jatuh, kerak diluar lambat membentuk dan minyak mula meresap dan gorengan menjadi berminyak. Sekiranya minyak terlalu panas kerak akan terbakar dan isi didalam tak masak sempurna.

Dalam penyediaan ayam goreng ini, langkah yang paling penting ialah  Marinating / Perap , Seasoning / Perasa dan Coating/salutan. Ini adalah perkara yang asas dalam gorengan ayam.

.::      1. PERAP / MARINATE    ::.
--------------------------------------

Maksud marinate adalah tambahkan rasa dan lembutkan daging.

Perapan yang terbaik bergantung kepada:

  •     Keadaan Acidity.
  •     Kuantiti garam yang digunakan.
  •     Minyak dalam perapan.
  •     keadaan fizikal daging itu sendiri – termasuk keluasan kawasan permukaan daging yg ingin diperap, cara pemotongan, ketebalan daging dan berat daging.
    Kesemua di atas ini bergantung pada jangka masa perapan.

Marinate yang terbaik yang seimbang mempunyai ramuan asid, perencah, garam dan minyak masak. Ini asas untuk marinate isi ikan, ayam atau daging.

    Ramuan Asid: Seperti jus buah-buahan limau nipis dan lemon, cuka, yogurt, susu butter dan lain-lain. Asid ini lembutkan daging dan juga berikan perasa yg baik.
    Ramuan Perencah: seperti – herba, kicap, mustard dan gula. Perencah ini menyedapkan hasil gorengan anda.
    Ramuan Garam: Garam berfungsi sebagai pembawa kelembapan(moisture)dari perencah kepada keseluruhan daging itu. Kuanti garam ini berubah mengikut masa perap (marinate) yang diperlukan. Kalau cepat lebihkan garam kalu lama kurangkan garam.
    Ramuan Minyak Masak: Minyak yang takat berasap yang tinggi (smoke) perlu digunakan untuk marinate. Minyak kelapa sawat Felda adalah terbaik. Minyak akan memberi kelembapan pada daging semasa proses goreng atau masak.


.::    2. PERASA AYAM GORENG   ::.
------------------------------------------

Berbagai-bagai perasa digunakan dalam penyediaan ayam goreng ini. Perasa yang paling popular ialah perasa ayam goreng KFC dan perasa rempah ayam goreng mamak. Dalam posting yang lepas mamak haji telah terangkan dan berikan resepi kedua-dua cara ayam goreng ini. Cuma mamak haji nak tambah sedikit untuk perasa daging ayam itu sendiri. Perasa salutan di luar dan perasa daging ayam itu sendiri berbedza. Dalam salutan diluar kita boleh menyedapkan gorengan ayam itu dengan berbagai-bagai resepi tetapi bagaimana pula isi ayam?.  Jika isi ayam tawar, hasil goreng ayam kita tak sedap juga. Cara mamak haji nak sedapkan daging ayam paling mudah. Mamak Haji biasanya rendamkan ketulan ayam itu dengan air garam ditambah MSG (Aji No Moto). kalau direndam untuk 1 kg ayam biasanya 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar MSG selama dua jam dan selepas dua jam rendaman dibuang airnya, dibasuh balik dan d itoskan sebelum goreng. Untuk rasa berempah mamak haji adunkan pes halia bawang putih bersama rendaman itu.




.:: 3. SALUTAN TEPUNG ATAU BATTER    ::.
------------------------------------------------

Batter bermaksud tepung + air, yang ditambah perasa dan dicelupkan ketulan ayam atau ikan sebelum ia di goreng. Bahan utama untuk batter ialah tepung gandum yang kurang gluten. Gluten berperanan utama dalam menentukan kualiti gorengan anda. jadi anda perlu tepung protein rendah..tepung I Malaysia..bukan tepung yang perkaya dengan Protein.Batter ini akan menyebabkan crust (kerak) dibentuk di luaran ketulan ayam lebih keras, ranggup.

Tapi ingat tepung gandum saja tidak akan mengekalkan rangupan bila mulai gorengan menjadi sejuk. Ini disebabkan batter yang anda saluti itu akan mengekang wap air dari ketulan ayam keluar atau sejat. Wap air akan melembikkan gorengan anda. Maka untuk membuat ruang untuk wap air bebas..kita gunakan serbuk penaik / “Baking Powder”. Faham yea?. Apa tujuan baking powder dalam tepung goreng ayam. Kalau anda inginkan crust yang kasar dan mengerutu boleh gunakan soda masakan. Kerana ruang rongga udara soda dihasilkan lebih besar dari baking powder cuma ia tak dapat kekakan ruangan dan perlu gunakan baking powder juga bersama.

Tepung gandum seperti mamak haji kekurangan dari segi kekenyalan crust..dengan itu kita perlu gunakan tepung beras dan agen kanji seperti tepung jagung atau tepung sagu..tepung sagu murah sedikit. Tepung beras cari yang asli kini tepung beras biasanya diblended dengan tepung jagung. Sekiranya ingin lembut sedikit crust boleh gunakan tepung jagung lebih baik. Tepung jagung atau tepung sagu ata tepu ubi kayu cuma ajen untuk kanji supaya batter melekat. Tentang melekat dengan ketulan ayam ini ada satu masalah…biasanya kita perlu ditepungkan (kering) kering ketulan ayam untuk digoreng dulu supaya air berlebihan di luar permukaan ketul ayam di diserap baru masukkan dalam batter. Ia sama seperti goreng udang atau sotong. salut tepung dulu sebelum masukkan dalam batter dan goreng. Isu ini mamak haji akan sentuh bila berikan resepi ayam goreng nanti…

Nisbah percampuran tepong ini ikut mamak haji begini..batter kering bermakna tepung 85% , tepung kanji (jagung) 10%, garam 2%, bahan perasa (seasoning) 2% dan sodium bicarbonate 1%. Tepung gandum X1 + Tepung Beras X 2 + Tepung Sagu X3 = 1. Faham dak..ini untuk orang nak buat berniaga ayam goreng sejukbeku. Suri rumah tak perlu bimbang denga kiraan mamak haji ini..



.::       TIP-TIP MUDAH UNTUK GORENG AYAM      :..
--------------------------------------------------------------

Ayam goreng berempah 'ala mamak.
1. Size potongan ayam perlu sama. Sekira ingin goreng kepak, masukan cuma kepak-kepak saja. Kalau nak goreng peha cuma masukkan peha.
2. Goreng ayam dengan pot yang dalam (tinggi) untuk goreng yang banyak. Ini akan jimatkan minyak kerana minyak tidak terdedah dengan oksigen. Isi minyak cuma 1/3 bahagian saja.
3. Perlu dapatkan sebuah jangkasuhu (thermometer) untuk menentukkan suhu gorengan sentiasa stabil. Kalu minyak anda terlalu panas masukkan minyak baru sedikit untuk suhu minyak turun.
4. Selepas goreng tentukan sekurang-kurang 10 minit berada di tapisan minyak atau diatas kitchen towel.
5. Sekiranya hasil ayam goreng lama berada diluar sebelum hidangan masukkan dalam oven yang telah panaskan 200 F.
6. Apabila gorengan pertama dikeluarkan jangan terus masukkan gorengan kedua..tunggu untuk minyak menjadi panas.
7. Awas dengan minyak panas..minyak panas bahan mudah terbakar.
Post a Comment