Friday, November 06, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Tradisional Kuih - Kerepek Bawang Pedas •*¨*•.¸¸❥¸

  

:: Bahan2Nya ::
DOH PEDAS:
  • 1 Kg tepung gandum
  • 200 gm bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
  • 3 batang serai *
  • 3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
  • 6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
  • garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
  • 1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
DOH PUTIH:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 3/4 cawan majerin
  • 1 sk garam
  • air



:: Cara2 MembuatNya ::
DOH PEDAS:

  • Blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
  • Lepas blend tuang dlm penapis, air nya jgn dibuang.
  • Masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
  • Gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2....uli hingga jadi doh...jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
  • Doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap


DOH PUTIH:

  • Gaul tepung dgn majerin dan garam
  • Masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
  • Bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian....(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
  • Ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
  • Letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas ....gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
  • Selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
  • Buat proses menggulung ini hingga habis....menghasilkan 10 ketul.
  • Ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
  • Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan ya
  • Ringkasan membuat seperti pic di bawah ya :-








  • Note : Kerepek ni boleh divariasikan menjadi kerepek coklat ke, colurful sahaja ...
~* Selamat Mencuba & Semoga BermanFaat *~




Post a Comment