Monday, November 16, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Roses Blossom Apple Pie •*¨*•.¸¸❥


The goal is a crisp, flaky crust. Pies are served straight from the dish in which they were baked. A tart is a sweet or savory dish with shallow sides and only a bottom crust. Tart crusts are usually made from pastry dough : traditionally flour, unsalted butter, cold water, and sometimes sugar - (yeke sama je aku tgk receipe doughnya ...x betui la mr. wiki ni )..Oh ya, sy x 'translate' sbb takut hilang the 'deepest' meaning tu hahah (sebenarnya 'M-A-L-E-H' tu) .....Some say tart tu 'open' dish with 'small2' portion, pie is 'covered' and comes in 'large' size ...ye lah kot ....


BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
  • 300 gram tepung halus (superfine flour) or tepung gandum pun boleh
  • 120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
  • 40 gram lemak sayur @ shortening
  • 1 camca teh gula aising
  • 1/3 camca teh garam
  • 4 - 5 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :-)
  • 3 biji epal hijau, kupas kulit, buang empulur dan didadu
  • 1/3 cawan kismis - optional
  • 2 1/2 camca besar gula perang (boleh tambah kalau suka lebih manis)
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 camca besar penuh mentega
  • 1 camca besar penuh tepung jagung
  • 1/4 camca teh garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
  • 1 kuning telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 1 camca besar susu cair*(*dikacau rata) - optional, sy x letak pun


CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK PASTRI :- 
  • Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit
  • Ringkasan pastry spt pic di bawah ya :-




UNTUK PAI EPAL :- 



  • Potong buah epal seperti pic di atas  Bersihkan biji dan empulur (core in english >_<) di tengah2nya terlebih dahulu dan dihirsi2 nipis.

  • Aturkan di atas dulang, taburkan gula pasir + serbuk kayu manis di atasnya dan bakar sekejap dalam 5 mins or so. Terbalikkan dan taburkan campuran gula + kayu manis disebelahnya pula. Bakar semula sekejap.




  • Canaikan kulit pai kepada bentuk empat segi tepat (mcm bentuk 4 segi tepat la ms skool dulu ckp hehehe) . Susunkan epal tadi seperti pic di bawah jugak, letak di tengah2 kulit pai tadi. ...


  • Gulungkan seperti pic di atas menjadi bentuk 'roses'.




  • Susun dalam baking pan dan bakar selama 10-15 mins menggunakan suhu 150-180C. 



:: Tips2 Menghasilkan Kerak Pai (Pie Crust) Yang Sempurna (Perfecto !) :-
Source : Karangkraf
 
1. Pastikan semua bahan sejuk
  • Rahsia pertama, potong marjerin kepada kiub kecil dan simpan ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku sementara anda sedang  menyediakan bahan lain. Sediakan secawan air dengan beberapa ketul ais dan simpan di dalam peti sejuk.
2. Hanya guna marjerin sebenar
  • Marjerin bukan sekadar memberi rasa rangup tetapi ia memberi rasa lemak yang sedap dinikmati. Elak menggunakan marjerin yang bercampur-campur jenama.
3. Guna mangkuk besar
  • Pastikan anda menggunakan mangkuk yang lebar dan besar untuk memudahkan anda menggaul bahan-bahan kering dengan rata.
4. Elak gaul terlalu lama
  • Masukkan kiub marjerin yang sejuk ke dalam bahan-bahan kering dan mulakan gaul menggunakan pengisar pastri atau tangan. Jika menggunakan tangan, anda hanya perlu tekan marjerin menggunakan jari dan berhenti sebaik saja anda dapat campuran kasar.
5. Guna cecair dengan betul
  • Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dengan mengacau menggunakan spatula getah. Anda mungkin memerlukan 3/4 cawan air untuk menyatukan tepung dan marjerin bersama. Sekali lagi, elak terlebih menggaul sebaliknya memadai apabila ia menjadi doh dan tidak melekat pada mangkuk.Buat doh menjadi bulat, potong kepada dua bahagian. Bungkus ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam (some say 1/2 jam) sebelum digunakan.

  • Ramai yang 'mengaku kalah' apabila suami dan anak-anak meminta anda membuat pai telur, pai ayam, pai epal atau apa saja jenis pai. Diharap tip ini tidak membuat kerak pai anda pecah-pecah dan hancur ketika dicanai dan keras ketika dimakan.
 
EKSTRA Tips   :
  • Ada yang memilih marjerin atau shortening. Ada juga memilih air kosong, air susu atau buttermilk sebagai bahan pencair untuk menyatukan bahan marjerin dan tepung. Namun, bahan dibawah ini sudah mencukupi untuk mendapatkan kerak pai yang baik.
  • 2 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 8 oz marjerin 'unsalted'




Post a Comment