Wednesday, November 11, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Cheezy Beef Lasagna (Lasagna Daging BerKeju) •*¨*•.¸¸❥¸


N3 ni dibuat oleh my sis ..so ask her to post out the pic and i'll make the pictorial then ....yum ..yum hmmm dapnya !!. Siap pun 1 N3 di dalam kesibukan kerja yang terlampau ngan out-station yang mencurah2 ...aduhai ..x larat da nk kerja tp hutang tuuuuu alahai ....kugagahi jua demi mu ahaks ...!!

Anggaran harga RM40.++ huhuhu ...cam better beli je ...



.: Bahan2 Utk Kuah Daging >_< :.
  • 300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
  • 1 botol prego ~ botol kecil
  • 2-3 batang celery - optional
  • Cendawan butang ~ dihiris
  • 2 biji tomato ~ didadu
  • 1 biji lobak merah ~ dadu
  • 1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
  • 2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
  • 2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1/2 Capsicum merah ~ dihiris
  • 1/2 Capsicum hijau ~ dihiris1/4 batang carot - optional, di dadu
  • 1 kiub daging ~ optional
  • Sedikit lada hitam ~ optional



.: Cara2 PenyediaanNya : .
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 


  • Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging burger cincang
  • Tambahkan kiub daging. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  • Masukkan Prego dan bahan perasa jika suka or perlu.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi (saya x letak sbb kids x suka sayur huhu), mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  • Setelah  kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce

. : Bahan2 Utk Cheesy Sauce/Roux/Bechamel Sauce :.

  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar
  • Sedikit garam

.: Cara2 PenyediaanNya : .
  • Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
  • Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 



  • Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

.: Bahan2 Pelengkap >_<  :.
  • 1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
  • Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
  • Serbuk Parmesan Cheese ~ optional
  • Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ optional
  • 1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas Spices - oregano, tyme ke

.: Cara2 PenyediaanNya / How To Assemble : .
  • Panaskan oven pada suhu 180 C (atau ikut ovenmu yang u sendiri kenali heheh). Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium or pepe je pun ..pyrex or borcam pun boleh ..
  • Oleskan bekas dengan butter

  • Lasagna tak perlu di masak ye! (tapi ada yang i tengok dia masak, suka uols, x masak akan menghadapi masalah masak x rata ...dunno from my experience la ye !!) .... Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas.
  • Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu.

  • Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
  • Taburkan daun bawang (optional)..since kids kat rumah tu x suka sayur mayur then xyah put ... Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas.

  • Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna. Tuangkan baki Cheese Sauce
  • Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi  
  • Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese. Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka.- optional gek


  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Untuk memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.
  • Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar. Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong. Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

  


 
.: Tips Menghasilkan Lasagna Terhebat Alaf Ini :.
  • Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepas tu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat
  • Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp
  • Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!





~* Selamat Mencuba Uols *~






Post a Comment