Sunday, November 08, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ © Asam Pedas Hang Tuah Melaka Warisan IbundaKu •*¨*•.¸¸❥¸



Hmm N3 kali ni pasal Asam Pedas Melaka or Johor or ? or ? ...saya pun x leh nak stori mori apa bezanya ...setahu saya bahan2nya sama je ...Tp saya letakkan Asam Pedas Hang Tuah Melaka sbb saya org Melaka ...kuikuikui tu je reasonnya .....:-) ..x pastilah Hang Tuah dulu tu makan ke idak asam pedas ..kot2 lum tercipta lagi resepinya kot ... tp masa tu Melaka dah jadi Pusat Lingua Franca dan pusat perniagaan setempat untuk rempah-ratus kan ...ntah ler ...)


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 - 4 ekor ikan pepe je lah - ikan parang/tenggiri/kembong/ikan merah dll
  • 10 batang bendi, cuci dan toskan
  • 15 biji tomato ceri
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan - optional
  • 3/4 camca teh lada hitam - tumbuk halus
  • 1 kiub pati ikan bilis - optional
  • 3/4 cawan besar pes asam jawa - ikut suka nk byk mana
  • Garam dan bahan perasa
  • Air secukupnya
  • Serai - optional
  • Bunga Kantan - optional




BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 - 2 inci halia
  • 1 - 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan - optional, sy x letak pun .. sort of org kelantan x mkn budu, sy org melaka x mkn belacan huhu :-)
  • 1/2 cawan cili merah/cili giling
  • Sedikit kerisik - kelapa digoreng tanpa minyak, diblender sekali ...ni bahan rahsia dari bonda saya ye, sy apply ke masakan sy ....insyaAllah sedap gilez ...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan terbit minyak....


  • Goreng bahan2 kisar masak hingga harum, masak hingga bahan2 kisar tadi harum garing dan naik/terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Anggaran masa kira2 3-5 minits kot nk bg garing ni.
  • Masukkan pes asam jawa dan kacau rata (anggaran 1 liter) mengikut, kacau rata dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. 




  • Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom (sy x letak) Perasakan dengan garam secukupnya dan bahan2 perasa yg anda suka ..(ada yg letak gula melaka tp sy x put ya). Akhir sekali masukkan tomato (x letak jugak huhu, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.

  • Voila !! Dah siapppp ...Hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain .....Hmm yum yum DapNya ... :-)


Tips2 MengHasilkan Asam Pedas Terangkat :-)
  • Gunakan ikan yang fresh from the ocean ya - lau boleh tangkap sendiri huwaaa ...siang dengan bersih sebersihnya ...Nanti kuahnya 'manis dan bersari' gitu uols ...
  • Untuk mencapai KPI (sedap hingga menjilat jari) kuahnya hendaklah pekat ...Secret ingredients my ibunda masukkan k-e-r-i-s-i-k ...yup yg masuk dalam rendang tu ...Kerisik tu dibuat sendiri ya ...Parut kelapa dan goreng tanpa minyak sehingga keperangan ...if uols nk tumbuk, tumbuk la ...if not masukkan sekali dalam bahan2 kisar ...itu tips my mums la ....uols may be ada cara tsendiri kan  .....? ...
  • Masukkan belacan, kiub ayam, daun kesom dan bunga kantan juga boleh menyedapkan masakan ...Lepas tu 'cook la from the heart', bc2 sikit 'dabra ca dabra etc...bla ...bla .... huhu ...insyaAllah (sebaik2nya ayat2 al-quran seperti melembutkan hati anak2 n suami, doa anak rajin belajar or anak soleh ke,... gurau je td tu) ....niat yg baik tu Allah SWT perkanankan ...
  • Cara terakhir, asam pedas sedap dimakan keesokann harinya huhuhu ...mmg power gilez...ce terai uols mesti agree 100% ngan miss rose aka aku ...Makan ngan cekodok gagau panas2 ke ...hulamak ! ....huh dah drooling ni ....

•*¨*•.¸¸❥¸ End Of Asam Pedang Tuah Melaka Warisan IbundaKu •*¨*•.¸¸❥¸




Post a Comment