Tuesday, October 06, 2015

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade Penang Char Kway Teow Hao Liao •*¨*•.¸¸❥

 Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Tidak ada ejaan yang tepat untuk Chha-KOE-tiau, dan banyak variasi boleh didapati: contohnya, "char kueh teow", "char kueh tiao", dan lain-lain - yeah me 3 !! 

* Bahan2 Untuk PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula

* Bahan Untuk MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara2 Untuk Membuat PASTE :-
  • 1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

  • 2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.



* Cara2 Menggoreng MEE *
  • 1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing, masukkan lada tumis lagi sehingga garing. Masukkan dlm 4sb paste (yang telah dibuat awai) td.

  • Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.






  • 2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. 
  • Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak



 
Tips2 Membuat Char Kuey Teow yang yummyLicious :-
  • ~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal.  Tak pe lagi awal pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti 
  • ~ Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow korang tu...... huhuhu
  • ~Kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!! Ayoyo just imagine lau anak 10 orang ...hehehe



•*¨*•.¸¸❥ End of HomeMade Penang Char Kway Teow  •*¨*•.¸¸❥



Post a Comment