Wednesday, October 14, 2015

´•*¨*•.¸¸❥¸ HomeMade Cinnamon Churros With Dipping Sauce ´•*¨*•.¸¸❥¸



Churros adalah makanan ringan yang sangat terkenal di Sepanyol yang terbuat dari adunan choux dan dimasak dengan cara digoreng dalam minyak banyak. Choux sendiri adalah merupakan aduonan yang terdiri daripada mentega, air, tepung dan telur.
Bahan2Nya :-)
  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air
  • 1 tbsp mentega
  • 1 tbsp gula halus (tambah lg 1 tbps sbb x berapa manis)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis (optional)




Cara2 MenyediakanNya  :-)
  • 1. Panaskan air. Masukkan gula,mentega,esen vanilla dan serbuk kayu manis.

  • 2. Masak sampai mentega cair sepenuhnya dan gula larut.
  • 3. Masukkan tepung sedikit sedikit sambil mengacau. Kena buat cepat2 tau.(pic4)
  • 4. Gaul sampai jd doh dan tak melekat pada kuali. Matikan api. Doh akan kelihatan berketul2 sedikit so jgn takut k.
  • 5. Masukkan doh ke dalam mixing bowl, pukul sampai adunan sehingga menyejuk@suam. Masukkan telur 1 by 1. Pukul telur 1st sampai sebati kemudian baru masukkan telur 2nd. Mix sampai adunan lembut dan tak berketul. (pic seperti di bwh)
  • 6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Isi sikit je dulu. Kalau isi penuh nnt abis
    keluar muscle kt lengan time nk picit nnt.heheh (pic seperti di bawah)
  • 7. Saya guna nozel bintang pecah 8. Berikut ialah nozzle yang sesuai tuk buat churros ni ...Sizenya terpulang ...dah cepat kenyang guna je yg besau ..hahah
  • 8. Goreng dalam minyak panas. Saya picit terus masuk kuali. Nak putuskan adunan tu
    saya pakai gunting. Panjang ikut suka korg. Goreng sampai kekuningan. (pic seperti di bawah)
  • Kalau nak buat bentuk 'love' ni kene 'prepare' atas baking pan yg di alas parchment paper dulu. Pipingkan bentuk 'love' dan angkat perlahan2 dan goreng dalam minyak. 




  • Tadaaa...dah siap. 




  • Kalau nk buat filling untuk churros ni, tebukkan lubang di tengah2 churros menggunakan lidi, selepas itu boleh fill up filling yang disukai seperti peanut butter, strawberry or chocolate filling.
  • Kalau bentuk 'love' boleh dipp into dipping sauce dan hiaskan dengan 'manik urai' or 'chocolate rice' dsbnya ....pic seperti di bawah ya :-



Cara2 Menyediakan Dipping Sauce :-
  •  Saya tunjukkan 3 cara menyediakan dipping sauce iaitu Chocolate ganache, Salted Caramel Sauce & Dolce de Leche :-




  • Dipping Sauce yang boleh dijadikkan dipping sauce churros ni ialah chocolate ganache, chocolate sauce, dolce de leche, salted caramel sauce dan mango sauce or whatever u may like. 
  • Cara paling cepat ialah cairkan Cooking Chocolate dengan menggunakan Microwave. Cara yang lebih baik ialah mencairkan cooking chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler, masukkan sedikit susu dan instant custard powder ...dan voila ..dah siap !. Cara2nya seperti pictorial di bwh ya :-)

:: How To Make Chocolate Ganache :::

  • 1 - Potongkan Cooking Chocolate kecil2 supaya  senang nak melting nanti. 
  • 2 - Double Boiled Method bermaksud meletakkan another periuk or bowl tahan panas ke atas another periuk yang berisi boiling water seperti pic step 2 dia atas ya dek non !. 
  • 3 - Boleh la diletakkan ketulan cooking chocolate tadi.
  • 4 - Bila dah cair tu, boleh la dmasukkan susu segar/heavy cream/whipping cream. Kacau2 bagi rata dan smooth. Saya masukkan sedikit instant custard powder nak bg yummylicious sket, optional la seperti pic step 4 .... 
  • 5 - Cecair yang dimasukkan tu agak2 ya ...masuk sikit n kacau, masuk lagi, sbb takut tercair plaks...
  • 6 - Jangan lupa masukkan essence vanilla nak bg aromalicious sikit (heheh mcm strawberry karipap plaks by jelita kakao tu - budak pompuan ank aunty emma..minah salleh)
  • 7 - Dah agak2 finalize kepekatan yang dikehendaki masukkan minyak sayuran/butter/or minyak masak pun boleh la belasah je, just nak bg kilat, shiny2 and glowy2 gitu ha dek non ...
  • 8 - Kacau rata, sometimes minyak tu susah sikit nak 'blend' with the chocolate, just use the stainless steel spoon and stir vigorously ...fulamak, dengan bersungguh2 tu ...
  • Ok dah siapppp ......

:: How To Make Salted Caramel Sauce :::


: Bahan2Nya :-)
  • 1/2 cawam gula perang
  • 1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 tbsp sea salt
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
: Cara2 MenyediakNya :-)
  • Cairkan butter. Masukkan gula dan masak hingga gula mencair. Tuangkan krim, garam dan vanilla. Kacau rata
  • Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok ...
 

:: How To Make Dulce De LeChe (DDL) :::

  • Dulce De Leche (atau, DDL untuk pendek ) adalah konfeksi klasik Amerika Selatan yang disediakan dengan memasak susu pekat manis untuk dijadikan gula karamel. Diterjemahkan sebagai 'gula-gula susu' atau 'gula-gula diperbuat daripada susu'
  • Resipi tradisional DDL memerlukan satu tin susu pekat direbus berjam-jam sehingga kandungannya 'caramelize' dan membentuk cecair likat berwarna perang.

: Bahan2Nya :-)
  •     1 tin susu pekat (Milkmaid) - boleh muatkan 2-3 tin dlm periuk tu kot !
  •     Pressure Cooker
: Cara2 MenyediakanNya :-)
  • Buang label susu pekat daripada tin.
  • Letakkan tin terus ke dalam periuk dan tambah air sehingga meliputi keseluruhan tin atau tin-tin.
  • Lock the pressure cooker cover dan masak dengan api yang tinggi sehingga periuk mula mengeluarkan wisel (ini membolehkan anda tahu bahawa ia telah mencapai tekanan)
  • Kecilkan api kepada sederhana tinggi dan masak selama 40 minit.
  • Selepas 40 minit, seperti arahan periuk tekanan, hilangkan tekanan dengan membuka penutup sedikit.
  • Biarkan ke suhu bilik dan tara jadilah dulce de leche!
    atau
    masak je dalam periuk biasa selama 3-4 jam, kat bawah ni skala masa dan color yg akan dihasilkan oleh susu pekat manis according to cooking timeframe :-


Ok last but not least :-

´•*¨*•.¸¸❥¸ End of HomeMade Cinnamon Churros With Dipping Sauce ´•*¨*•.¸¸❥¸



Post a Comment