Monday, October 05, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY HomeMade Char Kway Teow KungFu •*¨*•.¸¸❥





Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Tidak ada ejaan yang tepat untuk Chha-KOE-tiau, dan banyak variasi boleh didapati: contohnya, "char kueh teow", "char kueh tiao", dan lain-lain - yeah me 3 !! KungFu tu selalunya diberi kepada Char Kway Teow digoreng ngan telur dan sometimes berkicap




 
Bahan2Nya :
  • 100g  kuey teow (ambil secekak je untuk seorang makan)
  • 1 biji telur saiz besar (kalau telur kecil 2 biji)
  • Sedikit lada sulah
Method PenyediaanNya :-
  • Pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan.



Untuk KuahNya :-

  • Isi ayam secukupnya  (jumlah bahan anggaran untuk seorang makan)
  • Daging batang pinang secukupnya
  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • Sayur-sayuran (karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan sos tiram (saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis)
  • 1 sudu tepung jagung (campur dengan sedikit air)
  • 2 cawan air stok udang (kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
  • 3 -4 biji cili padi (diketuk atau ditumbuk)
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Sedikit garam

Cara penyediaan

  • 1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging, isi ayam, udang, sotong dsbgnya .Masak sehingga daging/ayam/udang/sotong agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.






  • 2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
  • 3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa (kalau dah masin tak perlu letak garam) dan tuangkan kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
  • 4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili…. YummyNya !!!



Post a Comment