Sunday, October 18, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY HomeMade BlueBerry Cheese Tart aka CisTat •*¨*•.¸¸❥




N3 ni saya buat tuk makan2 hujung minggu, projek bersama my sis ...just for fun, rerasanya dalam byk2 cheese tart...Blueberries is the most ter'glamer' of them all ...so enjoiiiii !

 


:: Anggaran Kos (Cost Estimation) ::
  • 50pcs Kulit Tart - MYR18.00 for 50 pcs
  • 250g Cream Cheese - MYR6.80/=
  • 1 Cawan Yogurt - MYR1.80 /=
  • 250gm Cooking Chocolate - MYR3.70/=

Total Cost : MYR30.30/=

Untuk crust saya 'copy' resepi dari Azita


Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu ..saya beli 'Ready Made' crust je, orang rajin :_) ..Tapi sy sertakan cara membuat crust/shellnya from Azlita Masam Manis. ......sumbernya seperti dibawah :-


:: Bahan2 Utk Crust/Shell ::



Source : http://fromintankitchen.blogspot.com
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C - lau guna gred B kurangkan sedikit white eggnya
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Acuan tart




  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak....but depends on your oven jugak ya >_<
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  •  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Jom tengok cara2 membuat fillingnya :-



:: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis sbb sy mhadapi masalah gula x larut la hehehe
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 1 sd teh air perahan limau or lemon - optional
  • 1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..
:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
  • Putarkan Cream Cheese seketika nak bg dia smooth sailing :-).

  • Campurkan Cream Cheese + Susu Pekat Manis (pengganti gula), putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ...
  • Masukkan Yogurt or Sour Cream. Putar sebentar, masukkan pula Perahan air limau or lemon ke dalam mixture. Saya masukkan juga serbuk cinnamon utk apa ntah hehehe ..sesuka je nak alter 'here n there' ....Masukkan pula telur ayam....Putar lagi sehingga 'putih'....

  • Masukkan pula Essence Vanilla untuk 'mewangi'kan batter. Putar lagi ...keje kita mmg putar je la ...kuikuikui

  • Susun crust di dalam dulang ikut suka. BlueBerry Filling tu boleh masukkan ke dalam 'piping beg' supaya senang nak dispense on the shell .... sy guna plastik sbb kat rumah my mum xde piping miping beg ni ...hehehe >_<

  • Masukkan sedikit blueberry filling ke dalam crust......
  • Diikuti oleh cream cheese mixture. Buat sehingga habis ...
  • Setelah siap, ambil sedikit BlueBerry Filling tadi dan buatkan like 5-6 polka dot atas comel tart tadi (buat dot ..dot like or line2 kecil - boleh tengok cara melorek seperti di bawah)

  • Ambil pencungkil gigi dan 'connect' the dot or line2 tadi ...so, jadi lah seperti pic di bawah. NOTE : proses untuk melorek dilakukan ketika cheese mix tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. (kene buat semasa 'runny stage').

  • Buat sehingga habis, masa memula nk buat lorek tu mmg x biasa but soon you'll get the rhythm heheh ...masa memula buat lorekan saya ke laut jugak hehehe :-)

  • Bakar pada suhu 150C pada 3-5 minits je tp saya risau org sakit perut disebabkan telur yg x masak dalam Cream Cheese mixture, yolk x masak ada Salmonella bacteria so pompuan peknen jgn la makan kalau worries about that ya ... ntah ler .....Pic yang telah dibakar seperti di bawah ya :

  • Voila ! Taraaa ...dah siap ... boleh la di served ....Yum ! Yum ! Hmm Dapnya ....:)


  • Lebih banyak 'filling' kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. InsyaAllah if kita ikhlas juga rasanya 'semulajadi' leh sedap huhuhu ...>_<. Filling ni terpulang kepada 'pallette' masing ada suka chocolate, nenas, kaya, peanut butter dll ..

:: Cara2 Membuat Lorekan/Art atas Cheese Tart ::



  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.




  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi - boleh juga buat polka dot ..seperti gambar di atas ya >_<.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.


:: Idea2 Lain Yang Boleh Dicuba :-

 Source : Google





.



~* End of My First BlueBerry Cheese Tart aka Cistat *~


Post a Comment