Friday, October 16, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY Ezy Pezy HomeMade DoughNut / Donut Glazed Gebuzzz ... •*¨*•.¸¸❥


Donat (doughnuts atau donut) adalah konfeksi yang digoreng, dibuat dari adunan tepung, gula, telur dan mentega. Donat yang paling umum adalah donat berbentuk cincin dengan lubang di tengah dan donat berbentuk bulat dengan isi yang rasanya manis, seperti berbagai jenis glaze, jelly, krim dan custard.

Donat sama sekali berbeda dengan bagel, mulai dari bahan adunan, teknik pembuatan hingga cara menghidangkan, walaupun keduanya memiliki bentuk yang hampir sama.

Menurut sumber de mr. wiki, Bagel (beigel, (bahasa Yiddish: בײגל beygl) adalah salah satu jenis ROTI berbentuk seperti cincin seukuran telapak tangan, dibuat dari adonan tepung dan ragi yang direbus di dalam air sebelum dipanggang. Bagian dalam mempunyai tekstur yang padat dan kenyal dengan bahagian luar berwarna coklat muda, keras dan garing.

Bahan2Nya :-)
  • 250 gram tepung gandum
  • sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek - optional
  • 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
  • 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
  • 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
  • 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin/butter
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*** doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Cara2 MembuatNya >> Gunakan Mixer
  • 1. Masukkan semua bahan2 kering dulu dalam bekas adunan, kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit



  • 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1 jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

  • 3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 

  • Bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat ngan any tools mcm gelas dsbgnya dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Bulat2 kan doh....letak atas dulang yang ditabur tepung...biarkan 5-10 minit supaya ia kembang sikit. Canai doh nipis sedikit (spt pic atas) dan terapkan acuan yang disukai baru donutnya nnt cantik gitu .


  • Biarkan donat 20-30 minit ...agar ia kembang sekali ganda ...dan dah sedia tuk digoreng ya ...


  • 4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan boleh la dihias dengan gula atau coklat glazed ...Saya sertakan 2 cara Glaze kat sini, Butter Classic Glazed dan Chocolate Ganache......
    NOTE : # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga Ya Ampun lupa namanya..

  • Sy letakkan donut yang telah digoreng di atas kitchen paper towel utk serap excess oil or boleh juga gunakan wire rack to cool down before di'glazed'kan dengan topping kegemaran seperti Classic Butter Glaze (pic spt bawah) or Chocolate Ganache.


[ :: Cara2 Membuat Classic Butter Glaze :: ]
  •  Pukul mentega cair dengan gula aising , vanila dan 3 sudu besar susu sehingga sebati, boleh ditambah susu lebih jika diperlukan untuk membuat batter yang mcm 'nipis' ( jangan pekat sangat ya) .



[ :: Cara2 Membuat Chocolate Ganache :: ]
  • Masakkan Cooking Chocolate dengan cara double boiled, masukkan susu nak bg dia cair, vanilla essence dan gula jika suka. tips saya, masukkan instant custard powder sedikit nak bg dia 'yummy'.
  • Masukkan juga sedikit minyak sayuran nak bagi dia 'shiny and glowy' sikit. Taraaaa da siap ...







  • Selepas dicelup/diglazedkan boleh la diletakkan sprinkles dengan manis urai, chocolate rice or any peanuts flakes ...







  • Donut boleh dijadikan berbagai bentuk dan pattern seperti love shape, square, capital letters, oval dsbgnya seperti ....


  • Donat pop (Pop DoughNut) ...


  • or Donat Satay (Satay DoughNut) ..

  • or Savory Herbs Donut With Cream Cheese Glazed ....siapa kata donut perlu jadi 'dessets' kan? Boleh alter the dough ngan memasukkan savory ingredients and glazedkan dengan savory filling or glazed juga ..:-)


Tips2 Untuk Yang Menguli Menggunakan Tangan :-)
  • Masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..buatkan seperti perigi/well di tengah2 tepung dan masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..


  • Kacau guna tangan biar sebati...kemudian curahkan air ais/sejuk sedikit demi sedikit  sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian letakkan marjerin atau shortening atau butter...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..
  • Kalau letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh.
  • Selepas ini letakkan doh di dalam mangkuk/bekas dan leave it to expand in double sizes...Letakkan di mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas... dlm oven ke ... kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
 
  • siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...(seperti pic di atas, xnak ulang tayang heheh)

  • Step seterusnya seperti di atas la ye ....
 •*¨*•.¸¸❥ Bubai..C uols then ..InsyaALLAH ... •*¨*•.¸¸❥


Post a Comment