Friday, September 04, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Mee Rebus YummyLicious •*¨*•.¸¸❥¸


N3 ni pun sy ambil dr FB, sowiii mmg x ingat sape empunya FB ye ...sowwiiii sesangat :-) ..Saya convert to blog sbb senang nak refer nanti ..semoga owner dpt syafaatnya nnt ...insyaAllah ..Allahu Khairan :-) ..Semoga Allah shj yg membalas jasa hamba Allah tu ya ...






:: Bahan-bahan2Nya ::
  • 1kg Mee (celur)
  • 1/2kg Daging (rebus, batang pinang x pyh rebus)
  • 400g Keledek yang oren tu (rebus & kisar dengan mengunakan air rebusan)
  • 3 sudu tauco (basuh kalau xnk masin & kisar)
  • 3 sudu rempah kari
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 batang serai (ketuk)
  • Air rebusan daging
  • Garam & gula secukupnya (ltk gula melaka sket)

:: Bahan2 Kisar A ::
  • 1biji bawang besar
  • 5biji bawang merah
  • 3biji bawang putih
  • 1inch halia
  • 1inch lengkuas

:: Bahan2 Kisar B ::
  • 3 sudu udang kering
  • 3 sudu udang geragau/pepai (optional)
  • 3 ekor udang (optional)

:: Bahan2 Lain ::
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Tauhu goreng (potong)
  • Bawang goreng
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Limau kasturi (optional)
  • Daun bawang (optional)
  • Kicap manis (optional)





:: Cara2 MenyediakanNya ::
  • Panaskan minyak. Masukkan serai, goreng sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan bahan kisar A. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan bahan kisar B. Gaul sebati dan tumis sehingga naik minyak
  • Selepas itu, masukkan cili kisar & rempah kari. Tumis sehingga naik minyak.
  • Selepas terbit minyak, masukkan daging yang telah direbus. Kacau rata & masukkan air rebusan daging tadi.
  • Masukkan tauco & pes keledek. Kacau sebati.
  • Perasakan dengan garam & gula
  • Jika terlalu pekat tuangkan air
  • Biarkan mendidih. Tutup & hidangkan








•*¨*•.¸¸❥¸ End of Mee Rebus YummyLicious •*¨*•.¸¸❥¸


Post a Comment