Sunday, September 13, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Mee Calong aka Laksa Tumis Trengganu •*¨*•.¸¸❥¸


Mee Calong ni juga dikenali sebagai Laksa Tumis Terengganu. Tak sangka plaks kategori laksa sbb kuah x mcm laksa , mcm more to Bakso or Bihun Sup aje saya rasa sbb laksa mcm kuah ikan kan? ni FishBall  ...tp dah depa kata lagu tu ...gitu la kot 😊 ... Masakan ni glamer ni negeri timur la esp Trengganu (ke Terengganu ya spellingnya). Ada yang makan dengan nasi, tapi kitorang makan cmtu je, boleh juga gantikan mee lidi ngan bihun or mee kuning kot >_<





Pic1 -Bahan-bahan :
  • satu peket mee lidi
  • sawi 2 ikat
  • ikan selayang 1/2kilo
  • lada hitam,
  • bawang merah 9biji
  • bawang putih 7biji
  • budu
Bahan2 Pilihan/Optional yang lain :-)
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 biji Bunga Lawang
  • 3 biji Bunga Cengkih & 3 biji Buah Pelaga
  •  Daus Sup & Daun Bawang
  • Tauhu Putih
  • Tauhu Goreng yang disumbat isi ikan
  • Taupok
  • Fishcake/FishBall ready made (kalau malas or x sempat)
  • Sambal Lada Merah
  • Kicap Pedas Soto 
*bahan2 kisar dan optinal ni boleh la diagak2 ya banayaknya ... Saya masak memang suka guna bawang banyak hehe






  • Pic 2 - Rebus Mee Lidi dalam air menggelegak, boleh gantikan dengan mee kuning or bihun ...



  • Pic 3 (atas ya !) - Siang ikan, rendam dalam garam/cuka sekejap. Toskan dan lalukan dia air paip. Pastu ambil isi ikan sahaja, buang semua tulang temulang. Pisau kena tajam step ni.
  • NOTE : Tulang ikan tadi boleh direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. tapis untuk mendapatkan stok ikan. Boleh dicampur bersama air rebusan fishball nanti ..tp is nak buang je tulang ni pun ok :D.



  • Pic 4 (atas ya) - Campurkan isi ikan dengan bawang putih, bawang merah,garam, lada hitam or any perasa yang uols suka kat level ni ....



  • Pic 5 - Sementara itu, bawang merah, bawang putih tumbuk kasar. Lada hitam tumbuk halus.



  • Pic 6 (atas ya) -Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam tumbuk tadi dengan sedikit minyak sampai layu dan naik aromaliciousnya. Bila dah naik bau masukkan air. Nak kuah banyak masukkan banyak air ya ....>_<.
  • NOTE : Boleh juga ditumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan (air tulang ikan) tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.

     



  • Pic7 (atas) - Isi ikan yang dah dikisar halus tadi bulat-bulatkan jadi fish ball.
  • Pic 8 (bawah) -Bila dah air dah mendidih masukkan fish ball tadi. Biarkan sampai fish ball masak. Lepas tu masukkan budu 2-3 sudu. Garam sesedap rasa. Ikut tekak korang la.
  • Boleh juga masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.



  • Pic10 (atas) - Agak-agak rasa dah ok baru masukkan sawi yang dah siap dipotong. Lepastu masukkan mee lidi yang dah lembut dan ditos airnya. Tutup api. Terus makan. Kalau lambat makan nanti mee dia mengembang tak best dah makan



  • pic10 -Bagi yang suka pedas boleh la dibuat kuah cili padi berkicap mcm kita makan bihun sup or soto tu  atau sambal berlada mcm sambal belacan tu ...mak aiii  ...wow terangkat betul !! Saya suka pedas !! >_< ..Hmm Yum ! Yum !! DapNya ..!!!




~@ End of Mee Calong aka Laksa Tumis Trengganu @~








Pengertian Mee Lidi -

Mee lidi ni rupa dia ala2 spagethi macam tu..tapi sedikit lembut dr spagethi la, ..Harga Mee Lidi ni dalam MYR1.20 (ni harga tahun bila ler ni ...konpius mokcik !!). Dikenali juga sbg mee talam sbb makcik tu goreng and put  dlm talam je ..katanya hanya terdapat di Pekan, Pahang shj,  ...takkan ler x export tpt lain idak ?? x berkembang maju la biz mcm tu kan .... hahaha ...Info bagai ni aku gugel ya sbb mr wiki x dapek nk membantu kali ni ...huhu ...Blank habis dia ...amek ko sejibik ! Hahaha ...


Bahan2Nya :-)


  • 200g cili api hijau
  • 1 botol kicap manis cap kipas udang
  • 2 labu bawang putih
  • 4 senduk minyak
  • 1/2 st garam
  • gula secukup rasa - * optional, sy x letak
  • 1/2 cawan air  - * optional

Cara2 MembuatNya :-)


  1. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
  3. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
  4. Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
  5. Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto
 ------------------@**@------------------


Post a Comment