Sunday, September 20, 2015

•*¨*•.¸¸❥ HomeMade Kari Ayam Kampung BondaKu (My Mum Rustic Chicken Curry) •*¨*•.¸¸❥

:: Bahan2Nya ::

  • 500 gram ayam dipotong- ayam kampung la in this case, takkan ayam 'town' plaks heheh
  • 1 senduk besar minyak masak 

:: Bahan2 DiTUMBUK halus ::
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia 

:: Bahan2 DiTUMIS ::
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis

:: Bahan2 Lain :
  • 1 sudu besar kerisik- boleh diblend sekali ngan rempah kari
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging - bancuh supaya menjadi pes
  • 2 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping



:: Cara2 Membersihkan Ayam Kampung aka Menghilangkan Bau Hamis Ayam ::

Cara ini boleh juga di'apply' utk ayam 'moden' ya >_< ...pissss

  1. Cuci bersih daging ayam, kemudian usap dengan 1/2 sdt cuka (cairkankan cukanya). Lalu bilas kembali dengan air. Biasanya bau amis sudah hilang dengan cara ini.
  2. Taburi potongan ayam dengan tepung terigu/ubi. Pastikan semua bahagian tertutup rata, lalu diamkan sekitar 20 mins. Kemudian bilas sampai bersih dan keringkan dengan kitchen paper towel. - ini tips bonda saya juga >_<
  3. Cuci bersih ayam, kemudian taburi dengan garam dan air jus limau kasturi/lemon/limau sambal pun ok je. Ini merupakan cara yang paling popular dan ter'glamer'.
  4. Lap daging ayam dengan kitchen paper towel dan keringkan. Lakukan proses ini jika anda membersihkan ayam kampung kerana ayam kampung memiliki bau anyir / amis yang lebih kuat daripada ayam ternak/moden.
  5. Boleh layurkan ayam kampung di atas api untuk mengurangkan bau juga - ini juga cara bonda saya :-) ...
 


:: Cara2 Penyediaan ::

  • Step 1 - Panaskan minyak, tumis bahan tumis daun kari, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang sehingga naik bau.







  • Step 2 - Masukkan bahan tumbuk spt bawang putih, bawang merah dan halia dan kacau seketika sehingga kekuningan. 
  • Step 3 - Masukkan pes kari dan kerisik kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan. 

  • Step 4 - Masukkan daun kari. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit.

  • Step 5 - Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  • Step 6 - Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  • Step 7 - Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  • Step 8 - Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi. 


  • Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya,
  • Langkah terkahir, masukan tomato or cili segar merah or hijau (jika suka la ye).


:: Tips BondaKu :
  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap.
  • Ada tips berguna suruh goreng rempah kari nak bagi kering ...uols leh try la ye !
  • My mum 'layur/panggang' dulu ayam ni atas api nk bg apa ntah ler heheheh ...bg sedap la kot heheheh
  • Ayam kampung xde or kureng lemak but a bit liat ye uols, so masak kuah tu sedikit lama dari biasa la ye ...bg betul2 empuk ...




~* Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat *~






Post a Comment