Tuesday, September 22, 2015

•*¨*•.¸¸❥ DIY HomeMade Rissoles Daging Cheezy •*¨*•.¸¸❥



Rissole adalah makanan snek di Indonesia, (which is originated from Dutch/Belanda) di mana mereka dipanggil risoles (disebut ' Riss -ol -less '). Kulit diperbuat daripada adunan dengan cara yang sama seperti pancake (tp nipis) dan juga popia look-like. Mereka biasanya dipenuhi dengan cheese, ayam, dan sayur-sayuran yg dipotong dadu termasuk lobak merah, saderi , kacang panjang, kentang dll - Mr. Wiki



sayur2an yg boleh dimasukkan ke dalamnya :-)


:: Resepi Inti Risoles ::
:: Bahan2nya ::

  • * 400gm daging cincang (nak letak lebih pun boleh... ikut suka hati hampa lah)
  • * 3biji kentang size besaq @ 5biji size sederhana ##
  • * 1 biji bawang besaq ##
  • * 3sudu kecik serbuk lada hitam
  • * 5 ulas bawang putih
  • * sedikit minyak utk menumis
  • * 1 cawan air biasa
  • * bahan perisa secukup rasa
  • * 2sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
NOTE : bahan ## potong dadu dan campur kedua2nya





:: Cara2 MembuatNya ::
  • 1- tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau..
  • 2- masukkan daging hancur dan kacau rata... biar dalam 5 minit dan masukkan ubi kentang + bawang besar yg telah di dadu tadi...+ 1cawan air biasa. kacau lg...
  • 3- masukkan serbuk lada hitam kacau sekali sekali sehingga air agak kering...
  • 4- masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau hingga kering dan agak pekat dan melekat.... perisakan
  • 5- tuang dalam bekas yg berlubang seperti dalam gambar ataupun penapis supaya minyak dan cecair yg ada turun kebawah...
  • NOTE : Cara membuat seakan2 sama dengan membuat inti karipap ye uols :-)

Resepi Kulit Risoles:: Bahan2nya ::
  • * 2cawan tepung gandum
  • * 2 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
  • * 1 1/2 cawan air biasa
  • * Garam secukup rasa
  • * 1 biji Telur

:: Cara2 MembuatNya ::
  • 1- Blender kesemuanya dan tuang ke dalam bekas... kepekatannya agak2 boleh dilenggang... lebih kurang mcm nak buat kulit ketayap




How to Assemble : 
  • Letakkan bahan2 yang hendak dibuat seperti kulit, inti, serbuk roti, eggwash (telur yg dipukul ngan garfu sekejap), parutan cheese ke dalam bekas dan kumpulkan setempat, mcm la uols x tahu cara ni pun nak mention huwaaaa :-

  • 1- Ambil 1 kulit risoles, letak dia atas pinggan or any surface, letakkan inti di hujung kulit mcm pic bawah, letakkan cheese :-), lg byk lagi sedap heheheh
  • Boleh juga diletakkan sayur-sayuran yg disukai pd masa ini or boleh campurkan sekali di dalam inti tadi ...ikut suka
  • Cara melipat sama je mcm buat kuih ketayap/dadar, lipat dihujung dan lipat kiri-kanannya dan finale gulung....mcm tu je ...ezy pezy ! spt pic di atas ya ...

  • Selepas itu beruskan eggwash ke atas brush on the risoles tadi, masukkan pula ke dalam serbuk roti/or oats(nestum), or cornflakes (lagi rangup kan ?) ..pic spt di bwh :-

  • Selepas itu boleh la digoreng di atas api sederhana sehingga serbuk roti keperangan (turn to brownish) ...Angkat dan voila, serve !! 


  • Finale looks should be like this la :-)


  • NOTE : boleh buat banyak dan keep in freeze, bila nak makan baru goreng or utk bekalan ke tempat keje or kids to skool....Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba Uols ! ...sonang jo, insyaAllah !
  • Risole ni juga boleh dijadikan Kuih Dadar Berlauk, cuma x celup serbuk roti la kan ...that's made in Malaysia la ...not indon mari ....hehehe ! Pic seperti di bawah ya (sumber : google) :-



~~@ End of HomeMade Rissoles Daging Cheezy @~~


Post a Comment