Wednesday, September 30, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Bihun/Mee/Kuay Teow Soto BerSantan •*¨*•.¸¸❥



Soto Ayam (Indonesian Chicken Soup With Noodles and Aromatics)). Ia adalah makanan khas Indonesia yang berupa sejenis sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan. Warna kuning ini disebabkan oleh kunyit yang digunakan sebagai bumbu/serbuk di dalamnya. Dicampur dengan pelbagai rempah dan herba di makan bersama mee hoon, mee, nasi himpit dsbgnya.

:: Bahan2 Utama :: :-)
  • 1 ekor ayam potong 4
  • air secukupnya utk merebus ayam
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah
  • 2 batang serai (dititik)
  • garam
  • minyak utk menumis


:: Bahan2 Tumis (*) :: :-)

  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis


:: Bahan2 Kisar (**) :: :-)

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putihh
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas


:: Bahan2 Sambal Kicap Cili Padi ::-) 
***Sambal kicap ~(kisar/tumbuk kesemua kecuali limau nipis)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji lada merah
  • 10 biji cili padi (nak lagi pedas tambah la ye)
  • kicap lemak manis
  • sedikit perahan limau nipis


:: Bahan2 Bergedil ::-)
  • 3 biji kentang direbus
  • 3/4 cwn daging kisar
  • daun sup dipotong halus
  • serbuk lada hitam/sulah
  • sedikit garam
  • bawang goreng
  • 1 sudu besar tpg jagung
  • 1-2 biji telor

:: Bahan2 Hiasan ::-)

  • meehoon/mee/kuay teow - spaghetti angel hair or any pasta pun will do ...
  • nasi impit
  • begedil daging
  • daun sup dan daun bawang dipotong halus
  • bawang goreng
  • suhun goreng
  • tauge
  • tauhu goreng
  • kacang tanah goreng


:: Cara2 MembuatNya ::-)

  • 1. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. tumis bahan penumis (*)  dan masukkan bahan kisar (**), serai yang dititik, serta serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan jintan putih. Tumis kesemuanya hingga aramolicious ....
  • 2. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam tadi..(air secukupnya tu aras2 ayam je) Rebus sehingga ayam masak..angkat/keluarkan ayam tadi. 
  • 3. Kemudian masukkan santan dlm kuah mendidih dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa (optional) . (Jika nampak kuah sedikit boleh tambah air )
  • Untuk pengetahuan anda.. kuah soto bersantan ni tidaklah pekat seperti masak lemak tu . kuah soto ni agak cair penggunaan santannya..
  • 4. Carik-carikkan isi ayam (halus) dan tulang ayam boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah soto tadi.
  • 5. Siap ...
 
NOTE : Cara yang Pn. Azlita show off kat sini xde santan ..kira lau nak guna santan, masukkan selps step 7 selepas ayam dimasukkan empuk ya ...kira mcm step 8 kalau kira dr pic di atas la ye ...saya xleh edit .. HakCipta Terpelihara ni ..hehehe. Finale looks should like pic kat bwh tu ...mcm yummylicious je kan ??

Credited to Azlita Masam Manis ...TY puan !!




:: Cara2 Membuat BERGEDIL ::-)

  • 1. Rebus kentang hingga masak (pastikan jangan terlalu masak ye nanti terlalu lembik pula).. jika tak nak rebus boleh goreng kentang hingga masak
  • 2. Setelah masak kentang ..lenyek kentang hingga hancur/lumat
  • 3. Masukkan bawang goreng, lada sulah/lada hitam, garam, daun sup dan daging kisar dan tepung jagung. Gaul sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan ia serta leperkan sedikit buat sampai habis
  • 4. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan pukul guna garfu.
  • 5. Panaskan minyak dlm kuali/pan dan celupkan begedil tadi dlm telur dan masukkan dlm minyak yang panas. agak2 dah garing baru diterbalikkan begedil (asyik2 nak eja B-E-R-D-E-G-I-L heheheh )

Credited to Azlita Masam Manis ...TY puan !!



  • Dah siap boleh la dimasukkan bahan2 'hiasan' seperti taugeh, bergedil (asyik nk typing berD-E-G-I-L je, hah dah knp :-), kacang goreng, bawang goreng, suhun goreng dsbgnya. Ni kalau pekena ni ..mak aiii ....sodapnya !! As goer saying 'Mak Mertua lalu belakang pun x perasan ..haha ! "  Selamat mencuba ya !.





•*¨*•.¸¸❥ End of Bihun/Mee/Kuay Teow Soto BerSantan •*¨*•.¸¸❥

Post a Comment