Thursday, August 13, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Pelbagai Masakan Siakap & Kerapu Stim (Kukus) •*¨*•.¸¸❥¸


N3 ni saya dapat dari FB juga ..ada insan yang baik hati compile semua masakan kerapu/siakap stim (kukus) ...leh menurunkan berat badan ni for those yang watch out for DIET ...enjoy semua !



Teochew Steamed Fish (Ikan Stim Taucu)
Sumber: iResepi.com

:: Bahan2Nya ::

  • 1 ekor siakap (sederhana besar)
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit perahan jus limau
  • Bahan dihiris halus:
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • cili merah
  • 1 biji tomato
  • daun ketumbar/ daun sup

:: Cara2 MembuatNya ::

  • Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam.
  • Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomatodan daun ketumbar)
  • Kukus dalam pengukus selama 15 minit
  • kemudia masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup
  • Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan
  • Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.
  ~* end *~





Siakap Kukus Serai Wangi
Resepi asal: Chef Florence Tan

:: Bahan2Nya ::
  • 1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah kisar

:: Bahan2 Yang Disatukan ::
  • 3 camca besar jus limau kasturi
  • 1 camca besar minyak jagung
  • 1 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 10 biji cili padi, hiris halus
  • 2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 helai daun limau purut, hiris halus
  • 1/2 inci halia, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan

:: Cara2 MembuatNya ::

  • Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  • Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikir, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata2 termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
  • Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain....

~* end *~




Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen

:: Bahan2Nya ::
  • 1 ekor ikan siakap - belah depan
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 8 biji cili padi - ketuk
  • 2 inci halia muda - hiris panjang
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
  • 5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
  • 2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
  • 1/2 batang saderi - hiris nipis

:: Bahan2Nya ::
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air


:: Bahan2 Lain ::
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • Garam
  • Gula/serbuk perasa


:: Bahan2 TaburNya ::
  • Daun ketumbar, daun bawang - hiris
  • 1 biji cili merah - hiris


:: Cara2 MembuatNya ::
  • Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.

    Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.

    Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan.

~* end *~






Ikan Siakap Kukus Halia

:: Bahan2Nya ::

  • 1 ekor Ikan Siakap – di bersih dan kelar sedikit
  • 2 inci Halia – di hiris halus
  • 3 biji Bawang merah – di hiris halus
  • 2 ulas Bawang putih – di hiris halus
  • 10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
  • daun ketumbar (dihiris)
  • daun bawang
  • 1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
  • 2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
  • 1 biji Air limau nipis
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Kicap Cair
  • 1 sudu kecil Gula
  • 4 sudu besar Air


:: Cara2 MembuatNya ::

  • Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
  • Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
  • Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
  • Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
~* end *~




Ikan Kerapu Kukus/Stim
Adaptasi dari : Dapur Dayangjack

:: Bahan2Nya ::

  • 1 ekor ikan (dibersihkan) - Saya guna 2 ekor ikan kerapu
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (di hiris) – optional
  • 7biji tomato cherry - di belah (Jika gunakan tomato biasa - potong dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan


:: Cara2 MembuatNya ::

  • 1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  • 2. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • 3. Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  • 4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • 5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang
  • 6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
~* end *~



Ikan Siakap Asam Boi
Resepi : Kak Hana @ Hanamemories.blogspot.com


:: Bahan2Nya ::

  • Ikan yang sesuai utk kukus ( siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ ketuk
  • 1 - 2 batang serai ~ hiris
  • 1 inci halia ~ hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih @ lebih
  • 1/4 batang carrot ~ hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa ~ belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram ~ optional
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah ~ ikut kepedasan masing2 ~ hiris@ketuk
  • Garam ~ jika perlu ~ tak letak sbb sos ikan dah masin
  • Tepung jagung + air sedikit ( jika ingin kuah pekat )


:: Cara2 MembuatNya ::

  • Rendam asam boi dgn panas ) air paras asam boi, jgn byk sgt ) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan @ mangkuk tahan panas yang sesuai
  • Susun @ tabur bahan2 lain ke atas ikan. Satukan dalam mangkuk kecik sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali. Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan menabur daun ketumbar lagi sekali
~* end *~




Siakap Steam Chinese Style
Credit: http://www.mamadeekitchen.com/
:: Bahan2 Utk PerapanNya ::

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
    4 ulas bawang putih dihiris halus
    1 inchi halia dihiris halus
    2 sudu teh lada sulah
    sedikit garam


:: Bahan2 SayurNya ::

  • 1 batang saderi
  • Broccolli
  • Lobak merah
  • Capsicum


:: Bahan2 SOSNya ::

  • 1/2 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub ayam
  • 1 cawan air (jika anda mahu lebih kuah, boleh banyakkan air)
  • *campur semua bahan sos dan kacau sehingga sebati


:: Cara2 MembuatNya ::

  • 1, Campurkan semua bahan perapan dan perap bersama ikan sebentar.
  • 2. Kemudian masukkan ikan ke dalam pengukus, (Saya menggunakan pemanggang ajaib generasi 3, yang juga boleh digunakan untuk mengukus).
  • 3. Kukus ikan dalam 8 minit.
  • 4. Kemudian masukkan sayur-sayur tadi kedalam pengukus.
  • 5. Curahkan bahan-bahan sos yang telah dicampur tadi ke atas ikan.
  • 6. Sambung kukus ikan dalam 8 minit lagi.
  • 7. Setelah siap, angkat ikan bersama kuahnya. Dan sedia untuk dihidang
~* end *~




Siakap Stim Tom Yam
Sumber: www.kongsiresepi.com

:: Bahan2Nya ::
  • Siakap
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • Pes Tomyam
  • Air asam
  • Daun limau purut
  • Buah tomato
  • Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
  • Daun ketumbar

:: Cara2 MembuatNya ::

  • 1) lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
  • 2) tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
  • 3) masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
  • 4) masukkan sedikit air asam jawa
  • 5) tuang ke dalam kukusan ikan
  • 6) taburkan sayur2an
  • 7) kukus sehingga ikan masak
  • 8) taburkan daun ketumbar

* sedap dimakan panas2, love it babeh!

~* end *~




Ikan Siakap Stim Berkuah
Credit: www.tiffinbiru.com
:: Bahan2Nya ::

  • 1 ekor ikan siakap bersaiz kecil (selebar 3 - 4 jari orang dewasa)
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 pokok kecil daun bawang
  • Sedikit garam dan lada sulah

:: Bahan2 KUAH KICAPNya ::

  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 camca besar sos tiram JALEN
  • 2 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1/4 camca teh lada sulah
  • 1/2 cawan air
:: Bahan2 HiasanNya ::
  • Sedikit lobak merah, dimayang halus
  • Sedikit cili mrerah dan hijau, dimayang halus
  • Sedikit halia, dimayang halus
  • 1 pokok daun bawang, dimayang halus

:: Cara2 MembuatNya ::

  • 1. Ikan siakap disiang dan cuci bersih, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur yang bersih. Kelar sedikit ikan tadi. Sediakan bekas tahan panas, susun beberapa keping halia pada dasar bekas. Gaul ikan tadi dengan sedikit garam dan lada sulah. 
  • 1b. Letak ikan tadi dalam bekas beralaskan halia. Masukkan sedikit hirisan halia, bawang putih dan daun bawang dalam perut ikan. Baki halia dan bawang putih disusun atas ikan. Kukus selama 10 - 12 minit, bergantung pada saiz ikan. Sementara itu kita buat kuah kicap..
  • 2. Panaskan 1 camca teh minyak masak, tumis bawang putih cincang hingga harum, masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau rata dan tuang air. Masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan minyak bijan, kacau dan matikan api.
  • 3. Keluarkan ikan dari kukusan. Buang halia dan bawang putih pada bahagian atas ikan. Buang juga air pada ikan yang terhasil masa proses mengukus tadi. Tuang kuah kicap atas ikan, pastikan kuahnya panas, kemudian tabur bahan2 hiasan atasnya, rata2. Biarkan sekejap dan boleh hidangkan segera bersama nasi panas.
~* end *~


Post a Comment