Sunday, August 09, 2015

•*¨*•.¸¸❥ My First Chocolate Cheese Tart aka CisTat ...•*¨*•.¸¸❥




N3 ni saya buat tuk Jamuan raya esok (11 August) in my office, tapi N3 ni ditulis hari ni ...(10 August) ..hahaha ...semalam Ahad (9 August) da buat sbb takut x sempat, maklum la in the middle of skool week ...Cabaran terbesar membuatnya ialah nk buat 'lorekan hiasan' tu ...perghhh ...mmg tangan karat betul !!...x mencapai KPI langsung ...asyik dok buang Cream Cheese mixture to sharpen the skills ...hmm ke laut jugek :-)

 

:: Anggaran Kos (Cost Estimation) ::
  • 50pcs Kulit Tart - MYR18.00 for 50 pcs
  • 250g Cream Cheese - MYR6.80/=
  • 1 Cawan Yogurt - MYR1.80 /=
  • 250gm Cooking Chocolate - MYR3.70/=

Total Cost : MYR30.30/=

Untuk crust saya 'copy' resepi dari Azita


Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu ..saya beli 'Ready Made' crust je, orang rajin :_) ..Tapi sy sertakan cara membuat crust/shellnya from Azlita Masam Manis. ......sumbernya seperti dibawah :-


:: Bahan2 Utk Crust/Shell ::



Source : http://fromintankitchen.blogspot.com
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart




  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak....but depends on your oven jugak ya >_<
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  •  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Jom tengok cara2 membuat fillingnya :-


:: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis sbb sy mhadapi masalah gula x larut la hehehe
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 1 sd teh air perahan limau or lemon
  • 1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..
:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
  • Sediakan campuran mixture Cream Cheese. Campurkan Cream Cheese + Susu Pekat Manis (pengganti gula) + telur, putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ...


    • Masukkan Yogurt or Sour Cream. Putar sebentar, masukkan pula Perahan air limau or lemon ke dalam mixture. Saya masukkan juga serbuk cinnamon utk apa ntah hehehe ..sesuka je nak alter 'here n there' ...




  • Ok dah siap Cream Cheese mixture, kita cairkan Cooking Chocolate ikut cara 'Double Boiled Method' seperti di bawah :-

  • Susun crust di dalam dulang ikut suka. Chocolate tu boleh masukkan ke dalam 'piping beg' supaya senang nak dispense on the shell ..sy guna plastik sbb kat rumah my mum xde piping beg ...hehehe >_<

 

  • Masukkan sedikit cooking chocolate ke dalam crust..diikuti oleh cecair cream cheese. Buat sehingga habis ...

  • Setelah siap, ambil sedikit Cooking Chocolate tadi dan titikkan sedikit ke atas tart (buat dot ..dot like or line2 kecil - boleh tengok cara melorek seperti di bawah). Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. (Begitu juga Cooking Chocolate pun akan membeku, so kene buat semasa 'runny stage')

  • Bakar pada suhu 150C pada 10 minits ... sebenarnya ikut resepi asal kene bakar 3-5 minits je tp saya risau org sakit perut disebabkan telur yg x masak dalam Cream Cheese mixture ..so, saya bakar lama sikit insyaAllah ok je kot ...Hopefully esok xde orang sakit perut heheh ...




  • Lebih banyak 'filling' kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. InsyaAllah if kita ikhlas rasanya semulajadi leh sedap huhuhu ...>_<. Filling ni terpulang kepada 'pallette' masing ada suka chocolate, blueberry, nenas, dll ..




:: Cara2 Membuat Lorekan/Art atas Cheese Tart ::



  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.




  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi - boleh juga buat polka dot ..seperti gambar di atas ya >_<.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • NOTE : Lorekkan saya 'ke laut' ...terpaksa la 'import' drpd blog2 yg pro heheh ..insyaAllah there's will come a time sy post out the real design of miss rose haha ...Aminnn ....


:: Idea2 Lain Yang Boleh Dicuba :-

 Source : Google





Really adore this one !! ...filling dia gebu 5 macam and the 'lorek' tu champ like a pro ! ..:) ..tis is the KPI 4 me ..




~* End of My First Chocolate Cheese Tart aka Cistat *~


Post a Comment