Sunday, August 23, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Buttered Prawn aka Udang Mentega With YummyLicious Gravy •*¨*•.¸¸❥




N3 kali ni dah lama nak buat tp mcm x brp nak 'konpiden' ngan teknik2nya...Heheh, tp mestilah dicuba then we know boleh buat or not kan??...InsyaAllah senang je ...Alhamdulillah ...Hidangan ni boleh la disajikan masa Special Occasion/Day or WeekEnd bersama famili tercinta >_<



Bahan2 Utk Sarang/Serdak/Bumbu Telur @ Egg Floss
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter/margerin
  •  1 cawan minyak masak

  • Pukul ringan kuning telur. 
  • Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  • Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju-laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan
  • Boleh tengok di YouTube teknik2 mmbuat bumbu/sarang aka egg floss ini ...<< CLICK HERE >> Terus ke minit 1:29 nk tgk teknik tersebut.








:: Cara2 Menggoreng UdangNya ::
  • 12 ekor udang 
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng 
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi - dihiris
  • 5-10 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • Sedikit butter/margerin untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka Garam secukup rasa
  • Sedikit Serbuk Kunyit - optional ..

  • Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah (sy addkan sedikit kunyit sbg penambah seri ..saje je :D ) sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


  • Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

  • Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.






  • Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Hiaskan dengan pilihan garnishing sendiri ...Voila ...Yum ! .. Yum !! Hmm DapNya !!! :)



~* End of Buttered Prawn With Gravy *~



Post a Comment