Wednesday, August 05, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Bread Lasagna Version 3 •*¨*•.¸¸❥





N3 ni kali ke-3 pasal Roti Lasagna, ada Version 1, Version 2 sebelum ni ...saya ambil dari FB jugak and x pasti sape ownernya ye ..Semoga kita mendapat manfaat bersama ye :-) ..InsyaAllah ...Saya just converted to my blog utk rujukan bersama ...If the owner minta saya remove saya remove la ...Saya x minta izin sbb dia sharing on FB ..means for 'public' eyes kan ...Lagi pun saya jenis x kisah pasal copy meng'copy' ni (sy hoping org lain pun mcm tu la ye, saya tahu ada org sensitive bab2 ni and put BESAR2 ..JGN COPY or NO RIGHT CLICK and then explain pasal jerih-payah edit gambo dll la, mine is simple as long as u put the original link people will know it ..tu terpulang la kat masing2 kan ...:-) ....sesuatu yang baik tu elok la dimanfaatkan ...Bukan ke kita akan dapat syafaatnya nanti as long as people guna that knowledge, InsyaAllah ...easy peasy >_<. Eh saya bukan la nak jadi ustazah ye ..hehehe ....but WHY xbg org copy pdhal bg 'public' access ..pelik gek tu ...sbb coding, tudung fareeda dll pun org copycat hehehe


Oven den dah lama x panas duk simpan berhabuk. Parking resepi pon dah lama. 😅
Bread Lasagna (Beef)



:: Bahan2 Untuk INTINya ::
  • 250g Daging cincang (if bekas besar lebihkan)
  • 2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
  • 1 biji bawang holland (dadu)
  • 3 biji bawang putih (cincang)
  • 4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
  • 4 sudu sos black pepper
  • Serbuk paprika (optional-den tambah)
  • Mixed herbs (optional-den tambah)
  • 3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege
  • 1 batang cili merah (hiris halus)
  • 1 batang cili hijau (hiris halus)
  • Daun sup (hiris halus)

:: Bahan2 Lain ::
  • Roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
  • 12 slice Cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
  • ½ cawan Mozzarella cheese (parut-optional)
  • 100ml susu segar
  • 2 biji telur
  • Majerin (untuk gris tray)







:: Cara2 Membuat INTINya ::
  • Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
  • Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
  • Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
  • Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
  • Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.



:: Cara2 Melapis Roti Lasagna :: 
  • Gris tray dengan majerin
  • [2]. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celurkan roti
  • Susun roti dlm tray rapat².
  • Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
  • [5]. Letak slice cheese di atas inti.
  • Ulang cara 2-5
  • Layer yg atas sekali tabur mozzarella.
  • Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40minit










Post a Comment