Tuesday, August 11, 2015

•*¨*•.¸¸❥ 5 Cucur Istimewa Untuk 'Memikat Perut' Cik Somi >_< •*¨*•.¸¸❥



N3 ni sy amik dari FB - Mingguan Wanita, sy suka 'membukukan' any recipes sbb nanti senang nak rujuk ..sy juga edited the pic supaya jadi version saya, just for fun je ....

CUCUR JAGUNG PEDAS
(gambar atas 1 sekali)

:: Bahan2Nya ::

  • 1 cawan jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan air
  • 1 sudu makan cili kisar
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam

:: Cara2 MembuatNya ::

  • Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit cucur menjadi bebola kecil dan goreng hingga keperang-perangan.





CUCUR AYAM BEREMPAH

:: Bahan2Nya ::

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • ¼ cawan dada ayam - dicencang halus
  • ¼ sudu teh jintan manis
  • ¼ sudu teh jintan putih
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

:: Cara2 MembuatNya ::
  • Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk pengadun. Tambahkan air secukupnya.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan goreng cucur hingga keperang-perangan.





CUCUR PISANG KELAPA

:: Bahan2Nya ::
  • 8-10 biji pisang lemak manis/emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1 sudu makan gula perang
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

:: Cara2 MembuatNya ::
  • Ambil mangkuk, lenyek pisang bersama gula hingga hancur dan sebati.
  • Tambahkan tepung gandum, kelapa parut dan garam lalu gaul rata.
  • Jika perlu tambahkan sedikit air dan gaul lagi.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga kekuning-kuningan.





CUCUR UDANG KUCAI

:: Bahan2Nya ::
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan udang segar - dibuang kulit
  • ½ cawan air
  • 1 butir telur
  • 1 sudu makan daun kucai
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam

:: Cara2 MembuatNya ::
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.
  • Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Biarkan bancuhan selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit bancuhan cucur ke dalam kuali dan goreng hingga kekuning-kuningan.






CUCUR BILIS BAWANG

:: Bahan2Nya ::
  • 1 cawan tepung gandum
  • ¼ cawan ikan bilis (bersihkan)
  • 1 sudu makan daun bawang cencang
  • 1 tangkai cili merah - dibuang biji dan cencang halus
  • 1 labu bawang besar - dicencang halus
  • Secubit garam
  • Air secukupnya


:: Cara2 MembuatNya ::
  • Ambil bekas dan campurkan ke semua bahan. Gaul sebati.
  • Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil bancuhan menjadi bebola kecil dan goreng kekuning-kuningan.




   
Post a Comment