Wednesday, July 22, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Tauhu Sumbat Beserta Kuah Kacang @ Stuffed Tofu •*¨*•.¸¸❥


Sound simple je resepi ni ...susah tu  tang kuahnya je la kot ...tp uols boleh simplified kan je ikut 'palette' memasing ... x susah mana pun ...InsyaAllah :)


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 - 5 keping tauhu (kalau saiz tauhu kecil, boleh guna 6 - 7 keping)
  • Taugeh secukupnya, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Lobak merah, dimayang halus memanjang
  • Timun, dimayang halus memanjang
  • Sengkuang, dimayang halus memanjang - optional, sy x suka la ...uwek >_<
  • Sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk goreng terendam - or bakar lau xnak kolesterol hihi




BAHAN-BAHAN KUAH KACANG :-)

  • 3/4 cawan kacang tanah
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • 2 camca besar gula melaka
  • 1 camca teh garam
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 cawan air
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan*
  • 1 batang serai, hiris halus*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 2 biji buah keras, hiris*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)






CARA MEMBUATNYA :-)


  • Cara Membuat Kuah Kacang :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan dan buang kulitnya. Tumbuk hancur, ketepikan. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Saya tunjukkan cara membuang kulit kacang seperti di bawah (scroll last sekali :-)

*** This time around saya gunakan cili merah segar ..saje tukau selera ..:-)

  • Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air. Bila mendidih, masukkan gula melaka dan garam. Tambah kacang tanah dan kacau hingga rata. Masak dengan api kecil hingga naik minyak, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
*** Kuah saya bewarna merah sbb kurang kacangnya ...nak rasa cili lebih ..up to ur pallette ..:-)


  • Cara Membuat TAUHU SUMBAT :- Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan. Kemudian belah dua setiap satu (bentuk 3 segi). Ambil satu bahagian tauhu, buat ruang seperti poket, kemudian sumbatkan serba sedikit sayur taugeh, timun, sengkuang dan lobak merah tadi. Padat2kan dan buat hingga siap. Boleh hidangkan bersama kuah kacang untuk sekeluarga....Selamat mencuba!!





Last but not least ...

~* Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba *~ 



.: Cara2 Mengeluarkan KULIT KACANG TANAH mengikut cara zaman dedulu, kini dan selamanya ahaks >_< :.
  • Cara ni uols buat la if you opt nak siapkan sendiri inti kacang tanah from scratch unless you beli dah siap la k, we called it menampi (verb) and tampi (noun) ahaks mcm cikgu bahasa omputih plaks ...Ekceli this is my mum ways la decendence to uols hahaha ...
  • Memula uols goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga garing, nak tau da garing or lum tengok kulit dia ala2 hitam gitu ...dan amik sebiji try rasa ..awas panas tau ! watch out for ur tongue ! >_< ..Nanti 'tunas rasa' lidah ko 'mati' haku x responsible k ...
  •  Lepas tu keluarkan kulitnya dengan cara massage the kacang hahaha ...picit2 + penyek2kan la kot ...hampeh ! Haku x tau word yang suai hahaha ...korang pandai2 la teka/faham/imaginekan...
  • Maka bermula la upacara menampi ni (gambar atas, sila klik gambar untuk enlarge)...ambil benda seakan-akan dulang, i amik baking pan je.. letak kacang yang telah dikeluarkan kulit tadik, lambung2 ke atas dan ke bawah  mcm dalam gambar di atas k (shot terbaek from my son is the pic in d middle, besh giler i suka tgk pic tu!!).... buat beberapa banyak kali uols suka ...lepas tu di dapati keluar la segala kulit-mulit kacang tanah tadi.... gambar seperti di bawah ya ! ..peace !  ...
  • Lepas tu sila kemaskan longkang uols otherwise the semut2 will come and build their own house + mansion + mahligai bagai ...takkan ni pun aku nak jar kot hahaha..>_<



  • Now, uols blender kacang tu ..jangan jadik tepung plaks ...biar ada chunky2 sikit ..baru besh ! 




Resepi Kuah Kacang BondaKu >>

.: Bahan2Nya :.

  • 1 kg kacang tanah- digoreng tanpa minyak..dan di mesin..jangan halus sangat.. so-so je
  • 7 batang serai
  • 1 1/2 inci lengkuas muda(kalau dapat lengkuas padi lagi sedap)
  • 8 ulas bawang putih
  • 14 ulas bawang merah
  • 1 inci halia muda
  • Sedikit udang kering
  • 4-5 senduk cili kering yang dah siap dimesin
  • 1/2 kg santan-campur air lagi bg cair
**** Semua bahan dikisar kecuali kacang tanah, cili kering diasingkan


  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis- optional
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih- optional
  • Gula( tambah sekeping gula kabung)
  • Secubit garam
  • Air asam jawa secukupnya.. - optional sy dah put belimbing buluh x guna da ni ...

.: Cara2 PenyediaanNya :.
  • Bersihkan belimbing seperti gambar di bawah, kerat/potong kepala dan ekor dia, nak belah 2 pun ok jugak ..


  • Blenderkan bahan untuk menumis. Bahan2 seperti 7 batang serai, 1 1/2 inci lengkuas muda(kalau dapat lengkuas padi lagi sedap)8 ulas bawang putih, 14 ulas bawang merah, 1 inci halia muda. Tumis semua bahan2 hingga betul2 masak dan garing...




  •  Meanwhile, udang kering dibersihkan dan ditumbuk halus. Masukkan ke dalam gorengan sambal tadi. Kacau sebentar.




  • Masukkan belimbing buluh tu or air asam jawa (kalau guna belimbing xyah lagi, belimbing da masam u !)..biarkan mendidih sebentar..
  • Masukkan santan yang dah dicairkan dan biarkan mendidih lagi...word of the day is mendidih je ..uols jgn mendidih darah plaks bc blog aku ni heheh >_<
  • Akhir sekali, masukkan kacang tanah, gula dan garam secukup rasa..biarkan betul2 masak or mencapai kepekatan kuah yang diingini ...kuah ni mmg akan memekat setelah diangkat tau ...so uols agak2 la ..


  • Kepekatan gravy ni ikut suka..ada yang suka pekat dan ada suka cair sedikit.
  • Kemanisan ikut tekak sendiri jugak sebab ada yang suka manis dan ada yang suka pedas..but selalu kuah kacang mmg manis sedikit la kan ....



Post a Comment