Sunday, July 26, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Florentine Cookies aka Crunchy Almond Cookies •*¨*•.¸¸❥¸


Bahan2Nya :)

  • 200 g tepung Florenta
  • 200 g badam keping
  • 100 g kuaci hitam
  • 100 g biji bunga matahari
  • 20 g bijan hitam
  • ****Note : Anda boleh juga guna biji bunga matahari mengikut citarasa atau any nuts yg ada suka seperti pistachio (kos lebih tinggi), walnut or sebarang kaum kerabat kekacang ya ...>_<















Kos2 Yang Terlibat - saya kira bg 100gm kekacang la ye  :)

  • 100 g tepung Florenta - MYR4.75
  • 100 g badam keping - MYR5.80
  • 100 g kuaci hitam - MYR4.10
  • 100 g biji bunga matahari - MYR1.80
  • 20 g bijan hitam - MYR2.60 (kalau beli lambak murah lagi kot)
  • Total Kos : MYR19.05 (tp florenta tu jual 500gm per/pack = RM19.00) Saya buat anggaran kasar la ..Harga Market 1 balang kecil is RM25.00 - RM26.00 (mcm pic kat bawah tu) ..>_<
  • **** Ini saya kira utk baking pan 14" x 14" ..100gm ni dpt 1 pan ye...

Cara2 PenyediaanNya :)

  • Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit - synya oven kecik so guna suhu 150°C je .
  • Satukan semua bahan seperti yang tertera di atas ke dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.

  • Sediakan loyang 14×14 inc, alaskan loyang dengan kertas kek sahaja -- sebenarnnya x kisah size dulang apa pun yang penting campuran kacang tu nipis.
  • Panaskan oven sebentar pada suhu 150°C selama 5 - 10 minits sebelum bakar.
  • Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis. Caranya dengan mengoyang2kan dulang nak bg all the nuts sama rata.
  • Selepas itu taburkan tepung florenta once again utk cover up the 'hole' ..lepas tu taburkan bijan hitam semula seperti gambar di bawah.

  • Bakar dalam oven selama 10 minit.
  • Sejurus keluar dari oven tunggu sebentar nak bg all the nuts and tepung beku sedikit, tunggu dalam 1-2 minits, selepas itu boleh la terus potong kepada kepingan.

  • Simpan dalam bekas kedap udara.
  • Siap!

 
  • NOTE : Tepung florenta yang tidak digunakan hendaklah disimpan di dalam freezer untuk mengelakkannya dari terkena udara dan membeku. 
  • *** Selain tepung florenta boleh gunakan any label under 'Crispy Mix' ..kesedapan itu sy x pasti plaks ya ..harga may be sedikit murah compare dari 'Florenta'.
  • *** Lagi banyak tepung Florenta yang digunakan cookies lagi bertambah manis dan berkilat2 atas dia gitu uols. So nak lebih sweeeetttt guna lebih byk florenta ..ha gitu la ...
  •  *** Kalau x confident ngan loyang tu melekat ke tak sila alas ngan parchment paper aka kertas kek org panggil ... nanti nak potong susah ler plaks ...Gambar seperti di bawah. Selalu kat bakery jual dah siap gulung dlm RM3.00/sheet.








~* Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba *~



 
Post a Comment