Tuesday, July 28, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Biskut Samperit Raya Tradisional •*¨*•.¸¸❥¸



Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!

Bahan2Nya :-)
  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan

Cara2 MembuatNya :-)
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )

photo 2
photo 3
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.

photo 4 photo 5
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.


photo 1
photo 2
photo 3
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.


photo 4
photo 5
photo 1
photo 2
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.





~* Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat *~
 
Post a Comment