Wednesday, June 03, 2015

´•*¨*•.¸¸❥ Resepi Mee Rebus Istimewa ´•*¨*•.¸¸❥



Ini bukan mee rebus haji wahid yang di Johor tu. Jangan expect ianya sama rasa 100% dengan mee rebus haji wahid di Johor itu tetapi inilah resepi mee rebus yang paling ceria abad ini! Jom try!

Bahan-bahannya
  • 3 paket mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 2 ketul kiub pati lembu
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci kunyit hidup dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis


Bahan Taburan Tepung Udang Kering
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng


Bahan Hiasan
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering

1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 


2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.


3. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

 
Cara-cara untuk Kuah
1. Rebus ubi keledek, kemudian buang kulitnya. Rebuskan juga daging bersama kiub pati lembu dalam periuk berasingan dengan dua cawan air.


2. Kisar keledek, rebusan daging bersama air rebusan dan taucu yang telah dicuci. Asingkan dalam mangkuk pertama.
Kisar pula bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, halia dan udang kering.


3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian tumis lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 


4. Masukkan rempah kari kacau rata


5. kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Masak sampai mendidih. Tambahkan hanya 2 cawan air. Kita tambahkan air rebusan ketam. Kalau nak bajet, air rebusan daging tu pun boleh

Cara untuk menghidang
1. Goreng tauhu, kemudian kerat empat atau 6 atau 8.


2. Inilah rupanya sebelum dihidangkan. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


3. Mee rebus yang sedap dan lazat
SELAMAT MENCUBA


Post a Comment