Monday, June 01, 2015

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥ Popia Basah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥



>> Resepi I
Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam






Bahan untuk inti**
(boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis





**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.




: Cara2 Membuatnya :

  • campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  • gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  • ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
  • buat dari arah jam
  • mulakan dari tepi dulu
  • kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  • setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  • angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
  • Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  • ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  • lipat macam biasa dan gulung
  • sedia untuk dimakan.






>> Resepi II
Resepi Popia Basah Dari Cheq Norliah Kamaruddin.
Resepi utk kulit:
  • - 1 kg tepung gandum
  • - 41/2 cwn air
  • - 1 biji putih telur
  • - 7 sudu mkn myk msk
  • - 5 sudu teh garam
  • - 2 sudu mkn tepung ubi....
p/s:semua tu lia satukan uli smpai tgn x melekit....perap 5 jam





Resepi untuk sosnya:
  • - 3 kg cili boh (guna separuh jer).
  • - 1kg gula.
  • - 10 biji bwg besar.(blender)
  • - 2 gengam udg Ggeragau.(blender)
  • - 3 labu bwg putih.(blender)
  • - garam lia ikut suka hati lia x sukat pulak masa buat tu sama gak mak ajinomoto
  • - masak sos ini dlm api kecik tp lama dlm 6 jam....(tahan lama )



Resepi untuk inti...
  • - parutkan sengkuang ...carot ....
  • - kacang goreng(tumbuk)
P/s: lia guna 2 bhn tu ajer ..kalau guna timun n togel cepat basi...
selamat mencuba x payah beli buat sendiri lagi terjamin....lau x rajin beli ajer kt lia hahaha










~* Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba Uols ..tp sy lum cuba lg ..heheh *~






Post a Comment