Wednesday, April 22, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ YummyLicious Kuih Cara Berlauk •*¨*•.¸¸❥¸






>>> Bahan-bahan (untuk batter):
  • 250 gram tepung gandum - diayak
  • 500 ml santan - boleh juga gunakan susu
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur gred B
  • setitik pewarna kuning telur
  • sedikit minyak dan simpulan daun pandan untuk mengglis acuan


>> Bahan inti :
  • 300 gram daging kisar
  • 2 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan 3 sudu makan air
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam / garam - secukup rasa
  • minyak

>> Cara menyediakan inti :-

  • Untuk sediakan intinya, panaskan sedikit minyak  dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
  •  Masukkan pes kari dan tumis hingga harum dan seterusnya masukkan daging kisar.
  •  Kacau sebati daging kisar dan perasakan dengan serbuk pati ayam  / garam.
  •  Masak hingga kering
  •  Angkat dan sejukkan.

>> Cara menyediakan batter :-

  • Bancuh bahan batter dengan telur dan santan. Adun hingga rata dan kemudian masukkan baki santan.
  • Tuang batter ke dalam jug penyukat.

>> Cara memasak kuih cara :-
  • Panaskan acuan kuih cara.
  • Sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan.
 
  • Tuangkan batter hingga setengah penuh.
  • Masukkan dengan cermat 1 sudu teh inti.
  • Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
  • Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
  • Cungkil tepi kuih dengan pencucuk dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
  • Ulangi hingga batter habis.








~*@ Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba @*~




Post a Comment