Thursday, April 09, 2015

❥¸.•´*¨`*•✿ Tips Memilih Jeans Mengikut Bentuk Tubuh ❥¸.•´*¨`*•✿


Tips untuk penggemar Jeans .ahaks ada ke orang x suka jeans ya ..ni kan pakaian casual bersantai2 gitu ...N3 ni pasal memilih jeans mengikut bentuk tubuh. For those x tahu lagik bentuk badan wanita, leh la baca entry ni dulu - Kenali tubuh wanita 




Pinggang Besar


  • Untuk orang yang memiliki bentuk pinggang yang agak lebar, bolehlah memilih potongan jeans  yang agak besar di bahagian bawahnya (wide-leg-cut)
  • Elakkan daripada memilih jeans yang berpotongan tinggi, ketat dan 'baggy'.



Bertubuh Montok


  • Untuk yang bertubuh begini, korang memang bertuah sebab tak banyak masalah dalam memilih potongan jeans yang sesuai.
  • Untuk kelihatan lebih langsing, korang bolehlah memilih jeans berpotongan lurus (straight cut).
  • Kalau nak pakai jeans bercorak, pilihlah jeans bercorak seperti garisan menegak kerana ia akan menampakkan bentuk badan korang yang lebih langsing.


Bertubuh Atlet


  • Pilihlah potongan jeans yang lebar di bahagian bawah (boot-leg-cut) dan berpinggang rendah (low-waisted). Korang juga boleh memilih jeans yang berpotongan lurus (straight-cut).
  • Sebaliknya korang harus mengelak daripada memakai jeans yang berpotongan longgar.




Berpunggung Besar


  • Poket jeans dan jahitan ketara di bahagian punggung seluar jeans boleh membantu memperlihatkan punggung supaya kelihatan lebih kecil.
  • Sebaiknya pilihlah jeans yang bergaris di bahagian pinggul (low-rise-cut) dan berpotongan lebar di bahagian bawah agar tubuh kamu nampak lebih ramping.


Peha Besar

  • Seeloknya pilihlah jeans yang berpotongan lurus dan longgar. Elakkan daripada memakai jeans yang berpotongan 'baggy' atau jeans yang mempunyai garisan lurus dan ketat.
  • Korang juga boleh memakai jeans yang berpotongan 'boot-leg'. 
  • Untuk mengalihkan pandangan pada bahagian peha, bolehlah memakai aksesori di bahagian pinggang atau memilih seluar yang mempunyai sedikit corak di bahagian bawah.

Post a Comment