Tuesday, February 03, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Mee Kari Simple N' Special @ Special N' Simple Curry Mee •*¨*•.¸¸❥¸

Source for recipes & images : Google

.: Bahan2Nya :.


  • 1 paket mee dicelur dan ditoskan
  • 4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
  • Isi ayam yang di potong dadu
  • 5 keping tahu kering di potong kecil
  • 1/2 paket fishball di belah dua
  • 1 biji telur
  • 1 biji cili merah di hiris kasar
  • 1 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Santan pekat
  • Garam secukup rasa
  
.: Bahan2 Utk Menumis :.
  • 3 biji bawang putih dihiris nipis
  • 3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
  • 1/2 inci halia dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
.: Bahan2 Yang Dikisar :.
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1/2 inci halia
  • (dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)
Cara-caranya:

.: Kaedah PenyediaanNya :.
  • Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
  • Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi. 
  • Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
  • Masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
  • Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata.  
  • Biarkan ianya mendidih seketika.  
  • Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah.  Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa.  Perasakan.  
  • Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus









~* Selamat Mencuba Uols *~


Post a Comment